Tuesday, September 8, 2009

Rakyat Malaysia di Indonesia berhati-hati


Sehari dua ini di negara kita dan tetangga rapat yang serumpun dengan bangsa kita hangat sekali membicarakan tentang protes rakyatnya berhubung Tarian Pendet yang dikatakan dicuri Malaysia sebagai hak miliknya. Inilah merupakan isu yang "memanaskan" hati rakyatnya. Kerajaan Malaysia dan kedutaan Indonesia di Malaysia berulang-ulang kali menjelaskan bahawa kerjaan Malaysia tidak pernah melakukan sedemikian sebaliknya dilakukan oleh sebuah rancangan antarabangsa yang telah akui kesilapannya. Television Indonesia menayangkan pengakuan itu tapi dalam masa yang sama ia juga menghentam kita.


Rakyat Indonesia dikatakan bersedia menghantar "tentera" mempertahan atau mengayang Malaysia dan melakukan pemeriksaan ke atas rakyat Malaysia di Indonesia, membawa buluh runcing dan macam-macam lagi. Suasana panas ini sebenarnya merugikan Indonesia. faktornya banyak tidak perlu dihuraikan di ruangan ini. Di sini kita lihat sikap "buta mata dan pekak teling" rakyatnya terhadap sesuatu isu, fanatik yang bodoh menjelekkan lagi tentang sikap mereka lebih-lebih tahun ini promosi kunjungan ke Indonesia di gandakan.


Bagi saya sekiranya rakyat Malaysia di ancam, mereka patut dipanggil kembali. Sekatan perjalanan rakyat Malaysia ke sana patut dikeluarkan agar keselamatan rakyat terjaga.Kerajaan Indonesia juga patut cepat-cepat menyelesaikan isu ini agar tidak memudaratkan hubungan serumpun. Pihak keselamatan kita pula patut mengambil beberapa langkah persediaan sama ada di sempadan atau pun rakyatnya yang telah ada ramai di Malaysia mungkin bertindak luar jangka.

Sekiranya rakyat Indonesia "lapar" sangat nak gayang Malaysia....silakan kami tak suka bermusuh tapi sekiranya melampau sangat, silalah datang kami akan mempertahan kan bumi kami sepertimana kami hancurkan tentangan kamu dalam "gayang Malaysia" sewaktu-waktu dahulu.


Di sini juga kita di Malaysia patut ambil iktibar tentang peranan akhbar dan televisyen yang tidak bertanggungjawab terhadap sesuatu isu sensitif dan tidak benar akan menghuru-harakan keadaan.Harap jangan berlaku di Malaysia...Hidup Malaysia.

Monday, August 3, 2009

Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum PPD P.Mas

Pada 02 Ogos 2009 telah dianjurkan Malam Sinar Wawasan anjuran PPD Pasir Mas di Hotel Reinassance, Kota Bharu dengan penuh gilang-gemilang. Majlis dihadiri Dato Fatmi, SU Politik YAB PM, Pengarah, Timbalan, KS dan ramai VIP dlm JPN kelantan. Pada malam tersebut saya merasa sangat syahdu dan dihargai apabila dapat anugerah Tokoh Guru KoKurikulum PPD P.Mas bagi tahun 2008.
Apabila diingat kembali dalam hidup ku tahun 2008 merupakan tahun yang sangat-sangat bertuah pada diriku kerana banyak kejayaan telah kucapai pada tahun ini. Ada yang diingini dan ditarget awal-awal dan ada yang datang bergolek. Rezeki katakan. Pada tahun itu saya menerima Anugerah Ketua Polis Negara di atas khidmat cemerlang sebagai - Pingat Juara penuh Disiplin Pegawai kanan Kor kadet Polis. Pingat yang setaraf seperti pegawai kanan PDRM lain dengan ujian yang ketat membuktikan apa yang kuingini dengan rekod perkhidmatan cemerlang, aku berjaya. Saya juga dipilih Hakim kawad Kaki GO Kebangsaan dan Negeri kelantan (tauliah KPM) , lulus PTK 4 dan 4, dilantik ASP Tadbir Kor kadet Polis Kelantan dan byk lagi. paling mengejutkan saya dipilih sebagai Penolong kanan Tingkatan Enam di sekolah saya. Ini jawatan saya saya tidak pohon tapi ditawarkan oleh Bahagian Sumber manusia, KPM berdasarkan rekod-rekod perkhidmatan, PTK dsbnya.
Bagi diri saya ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan atas usaha gigih kita. Rasulallah pernah berkata seseorang itu baik apabila kita berguna pada orang lain...barangkali Allah merestuiku.Dan saya berharap saya berada dijalan yang benar dan cita-cita saya di masa hadapan akan tercapai..

Monday, June 29, 2009

SATU PENYELESAIAN JENAYAH REMAJA DI SEKOLAH

Saban hari kita dikejutkan dengan sikap pelajar sekolah dan remaja kita yang menjadi-jadi semenjak akhir-akhir ini. Keruntuhan moral seperti seks bebas, jenayah kecil dan besar, ponteng sekolah, lawan guru, bergaduh, buli, merempit dan sebagainya ini telah menadikan pemimpin kerajaan, orang ramai dan sebagai seorang guru akui akui realiti ini amat menyakitkan. Sebagai seorang pendidik aku merasakan ini perlu diberi tndakan tegas dan berani pihak kerajaan.
Sebagai seorang pegawai Kanan Kor kadet Polis berpangkat ASp dan telah lama bergiat dalam pasukan kepolisan ini aku mencadangkan agar pihak PDRM mencadangkan agar pegawai kanan Kor kadet Polis ini diberi kuasa sukarelawan Polis. Ini melibatkan sedikit pindaan undang-undang dan tentunya ada perdebatan umum. Sepanjang menjadi guru dan pada sama menajadi "guru POlis" aku lihat para pelajar sangat hormat dan takut padaku, mereka akrab tapi sangat menghormati kerana aku selalu memakai uniform di luar dan dalam sekolah, bergaul dengan pihak Polis dan sebagainya. Aku tak hadapi masalah pelajar melawan dalam kita menegur mereka secara keras atau lembut kerana mereka tau aku "cikgu Polis" dan peghormatan diriku sebagai guru dan Polis ini menyebabkan banyak masalah pelajar dapat ditangani. Di luar juga oleh kerana aku lebih dikenali di sekitar tempatku, yang mengenaliku bila para pelajar melakukan perkara bertentangan dan aku tegur mereka sangat hormat!
Justeru itu saya mencadangkan agar guru kor Kadet Polis ini dilatih dan diber kuasa sukarelawan polis....

Datang Kursus terengganu

Hari ini aku berada di Kuala terengganu berkursus sehingga Khamis ini 2 Julai.Pelantikan aku sebagai Penolong Kanan tingkatan Enam menyebabkan aku sibuk semacam.Bendanya baru, garis panduan tak jelas menyebabkan JPN Kelantan dan KPM rasanya cuba merungkai masalah ini. Bagiku pelantikan ini merupakan satu kepercayaan kerajaan kepadaku dan insyaallah aku akan lakukan yang terbaik. Aku juga berharap kekeliruan berhubung TK 6 seperti yang masih tak dapat statusnya macamana, Guru Ko adakah statusnya macam guru kanan dan lain-lain lagi.
Dalam perjalanan dari kelantan ke Kuala terengganu ini aku amat mengagumi pembangunan pesat yang dinikmati negeri terengganu ini. Jalan raya yang baru dan lebar, bangunan-bangunan baru dan indah menyebabkan aku rasa ...emmm inilah yang diharapkan oleh rakyat dr kerajaan tak kira parti mana pun.

Friday, May 29, 2009

PESTA BUKU DAN KOMPUTER

Pada 26 Mei 2009 hingga 31 Jun 2009, Kor Kadet polis kelantan dengan kerjasama Sykt kedai Buku Banggol, Kubang kerian telah menganjurkan Pesta Buku dan Komputer Pantai Timur bertempat di balai Islam, Lundang.
Majlis perasmian disempurnakan leh Yang berusaha Tuan Haji Mohd Adnan bin Mohd Noor, ketua Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan. Acara tahunan pasukan ini bermatlamat mempromosikan pasukan dan dalam masa yang sama mencari tabung untuk mengerakkan aktiviti Kor kadet Polis kontinjen kelantan.

ASP/K Rozeman Din

Thursday, May 21, 2009

Pegawai Baris 2009


Ini merupakan kemuncak kepada seorang manusia yang memakai uniform Polis - menjadi Pegawai Pemerintah Baris dalam satu perbarisan istiadat kepolisan.Dalam perbarisan ini aku merasakan lebih tenang dan yakin dapat mempersembahkan yang terbaik. Sebulan sebelum ini aku telah diserang batuk dan selsema menyebabkan suara aku tidak keluar. Tapi memandangkan aku memang mahu jadi pegawai baris tanpa gagal, aku menghabiskan beratus ringgit wang bagi memastikan aku betul-betul sihat. Alhamdulillah, pada hari sebenar aku berjaya. Bak kata pepatah, Bila kita berusaha gigih, hasilnya tentu membanggakan.


ASP/K Rozeman Din

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KOR KADET PDRM




Sempenan Sambutan hari Ulang Tahun Kor kadet Polis Diraja Malaysia yang telah diadakan pada 22 April 2009, di Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa Pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri dari pegawai kadet dan anggota Kadet Polis dari daerah Pasir Mas telah dipilih.

Perbarisan tahunan kali ini telah dihadiri oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim bin Hanafi, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hj Mohd Ghazali bin Ab Rahman, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Ketua-Ketua Polis Daerah, wakil Pejabat Perpaduan, Pengetua-pengetua dan pegawai Kor Kadet Polis Kelantan .
Saya telah terpilih sebagai Pegawai Pemerintah perbarisan kali ini dan Penolong Pemerintah baris ialah Inspektor kadet Riza bin Rafiin,Anggota-anggota kadet pula terdiri dari pelajar SMK Perempuan, SMK Tiang Chandi dan SMK Tendong.


Ini merupakan penghormatan terbesar pada seseorang pegawai Polis apabila dapat pegang pedang dan mengetuai satu perbarisan yang penuh istiadat kepolisan

Thursday, April 2, 2009

SELAMAT BERTUGAS DS NAJIB

Hari ini Khamis 02 April 2009, YAB Pak Lah mengemukakan surat peletakan Jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan esok Jumaat, DS Najib akan mengangkat sumpah sebagai PM baru.
Bagi saya Pak Lah banyak berjasa kepada negara kita dan menjadikan integriti dan pembaharuan pentadbiran dalam negara sebagai satu penekanannya. Namun dengan pelantikan YAB Dato Seri Najib sebagai PM dan rasanya Tan Sri Muhyidin sebagai TPM, maka saya sangat optimis gandiingan mantap ini akan memacu terus negara ke arah sebuah negara yang lebih maju.PM baru juga seharusnya berusaha gigih untuk mengubah perpsepsi rakyat bahawa UMNO kini bukan pembela ummah dan negara sebaliknya banyak rasuah berlingkar di kalangannya. PM dan TPM baru seharusnya berusaha menambah keyakinan rakyat bahawa Barisan Nasional ialah satu parti yang membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.
Kakitangan awam juga seharusnya pimpinan baru memandangnya dengan lebih serius terhadap apa sahaja isu yang dibangkitkan antaranya kebajikan, gaji yang lebih menarik, perjawatan di kalangan guru dan banyak lagi.
Selamat bertugas DS Najib dan Tan Sri Muhyidin Yassin....

Tuesday, March 10, 2009

Kursus Pegawai Kor Kadet PDRM Kelatan


Assalamualaikum, nampaknya agak lama saya tidak membuat komentar dalam blog saya. Ini kerana saya sangat sibuk dengan urusan di sekolah dan pasukan saya Kor kadet PDRM.


08 Mac 2009 lalu di Pondok Warga Emas, Bukit Bunga Jeli, TMerah telah dianjurkan satu Kursus pegawai Kor kadet PDRM yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Mustapha Mohamammad, Menteri Pertanian& Asas tani. Beliau juga telah sudi membiayai segala perbelanjaan kursus tersebut. lebih menyeronokkan lagi ia diadakan di pondok yang diilhamkan oleh beliau sendiri. Tabik Dato' !


Dalam kursus tersebut banyak benda yang dapat saya simpulkan yang mana saya merupakan urusetianya dan penceramah etika pegawai. Antaranya kehadiran pegawai seluruh Kelantan memberangsangkan. daripada anggaran kita 160 orang, yang hadir 144 orang. dalam kursus ini juga kita lihat ramai lagi pegawai yang lama masih mengamalkan sikap acuh tak acuh dalam pengurusan uniform dan etika pasukan PDRM. Pakaian yang selekeh, tanda pada pakaian yang salah, potongan rambut dan janggut, tudong wanita, kasut, beg tangan wanita dsbnya lagi.


Walau bagaimana pun lebih ramai membuktikan mereka menunjukkan etika yang baik dengan memakai uniform lengkap, kemas dan beretika. Dan saya yakin kursus sehari ini mampu memberi banyak input kepada para pegawai baru dan lama agar mengubah diri mereka apabila memakai uniform Polis mereka betul-betul menjadi pegawai Polis yang hebat. Insyaallah dalam kursus siri 2 dan 3 akan datang pegawai di Kelantan akan bertambah mantap selaras dengan hasrat Komandan pasukan ASP/K Che Zul untuk memastikan tahun 2009 mempunyai pegawai yang hebat dari segi penampilan dan kerja buat mereka. Wassalam

Wednesday, February 11, 2009

Pengurusan Logistik Kor Kadet PDRM

Perhatian kepada semua platun komander,
Adalah diingatkan bahawa setiap platun yang wujud di sekolah adalah merupakan anggota yang layak untuk mendapatkan aksesori daripada PDRm iaitu:
i. Berry
ii. Multi badge di berry
iii. kain uniform
iv. kasut.
Sehubungan dengan itu setiap penyelaras daerah/platun komander dikehendaki mengemukakan permohonan kepada HEA daerah dan logistik IPD akan urus dengan Bekalan di Shah Alam. Untuk makluman, peralatan ini merupakan peralatan yang diperuntukkan oleh PDRM dan diluluskan atas nama Kor Kadet Polis Diraja Malaysia (sms bekalan)
Rozeman Din
ASP Tadbir Kor Kadet PDRM
Kelantan

Friday, February 6, 2009

ARAHAN PEMAKAIAN LENCANA INTEGRITI

Para Pegawai Kanan Kor Kadet sekalian,
Surat arahan KPN Pembantu Bukit Aman bertarikh 12Mac 2008 telah mengeluarkan arahan pemakaian lencana integriti. Pemakaian ini hendaklah disemat pada uniform kecuali berpakaian preman biasa. Letaknya ialah di atas tanda nama sebelah kanan.Pemakaian ini wajib pada semua uniform dan boleh berunding dgn IPD masing-masing untuk mendapatkannya.
Para pegawai juga diminta memakai bersama reben 200 tahun hari Polis dan juga lencana perkhidmatan 10 tahun atau 20 tahun jika berkenaan begitu juga sekiranya tuan/puan memperolehi pingat kebesaran.
Terima kasih.
ASP/K Rozeman Din
ASP Tadbir
Kor Kadet Polis Kelantan

PERALIHAN KUASA DI PERAK



Pelantikan dan angkat sumpah MB Perak BN yg baru telah selesai diadakan dan Datuk Zambri telah dilantik menjadi dengan rasminya. Sebagai ahli UMNO secara amnya tentulah kita gembira. Walau bagaimanapun sebagai seorang lulusan Sains Politik, saya melihat "kemenangan" secara "rampasan" kuasa ini tidak memberi manfaat kepada BN dalam pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ini kerana perasaan simpati kepada PR semakin meningkat lebih-lebih lagi dikaitkan dengan 4 orang yang menlompat parti dr "Parti Miskin" kepada "Parti yang kaya" ini dengan sesuatu yang menimbulkan pesepsi yang negatif di kalangan rakyat.

Massa mengetahui bahawa 2 orang bekas exco PR ini merupakan orang yang disabitkan dengan masalah perbicaraan rasuah yg akan disebut pada 10 Feb 2009 ini dan sepertimana kata Tun Mahathir, jika menang mereka, pespepsi rakyat akan memihak kepada PR dengan pelbagai tuduhan dan jika mereka kalah BN terpaksa hadapi pilihanraya kecil yang akan memberi kelebihan kepada PR.
Perlu diingati dalam politik persepsi banyak memberi manfaat kepada sesuatu parti yang berjaya mengeksploitasinya.

Saya berpendapat langkah "gentleman" yang perlu dilakukan untuk mendapat mandat rakyat kembali ialah mengadakan pilihanraya DUN Perak semula. Ia akan memberi rasa hak dan keyakinan yang sebenarnya kepada BN memerintah dan menaiki kereta baru Camry dengan penuh bermaruah.

Walau bagaimana pun keputusan telah terlaksana. Tuanku telah membuat keputusan dan tempoh 4 tahun untuk hadapi pilihanraya umum ke-13 rasanya tidak mencukupi untuk memenangi hati rakyat Perak. bimbangnya daripada kaji selidik yang dibuat oleh Dr Hasbullah menunjukkan bahawa institusi kerajaan baru "tidak dipercayai" dan institusi Raja dikecam.

Sebagai ahli UMNO biasa yang tiada kepentingan dan sebagai rakyat, meminta BN memandang serius kenyataan Tun Dr mahathir, pemimpin kita yang bijaksana itu.

Monday, February 2, 2009

PENGURUSAN PLATUN KOR KADET POLIS

Assalamualaikum, saudaraku sekalian hari ini saya dihubungi beberapa orang guru-guru yang bercadang menubuhkan pasukan kadet polis di sekolah dan juga platun komander yang "tercari-cari apa yang perlu dibuat". Jadi saya ingin memberi sedikit panduan kepada mereka yang telah ada platun di sekolah.
Pada bulan Januari ini seharusnya platun komander memulakan aktiviti pemilihan anggota seramai 34 orang(tetap@regular) dan 20 orang simpanan dan didaftarkan kepada HEA di IPD masing-masing. Pastikan mereka berumur 14 tahun ke atas.
Slepas pemilihan selesai pastikan semua anggota dilengkapi UNIFORM LENGKAP. Saya memberi penekanan di sini kerana ada banyak aduan dan kes dilaporkan kepada saya selaku Pegawai Tatatertib pasukan bahawa anggota memakai uniform yang tidak lengkap. Lengkap bermaksud berula dr kaki sampai kepada aksesori di badan, rambut hingga kepada berry. Perlu diingatkan di sini bahawa Kor kadet Polis Diraja Malaysia merupakan sebahagian daripada PDRM dan pemakaian uniform ini hendaklah mengikuti peraturan Akta Polis 1967 dan 1969 PUA 487 (sila rujuk)
Antara latihan yang dipertandingkan sepanjang tahun ialah :
i. Kawad kaki di peringkat daerah, negeri dan GO'S.
ii. Pertandingan Ujian Undang-Undang.
iii. Perkhemahan.
PERKHEMAHAN
Perkhemahan atau Latihan Tahunan Kor kadet berlaku di peringkat daerah dan juga negeri. Antara aktiviti yang di pertandingkan ialah Ronda Pandu Arah (10 anggota), Jalan Lasak (10 orang) dan Rentas halangan (10 orang) pertandingan ini mengkhendaki agar setiap platun membuat persediaan awal bagi memastikan pasukan mereka boleh menang ke peringkat negeri dan kebangsaan.
BERSAMBUNG
ASP/K ROZEMAN DIN
ASP Tadbir Kor Kadet Polis/Pegawai tatatertib

Saturday, January 24, 2009

PENGURUSAN KOR KADET POLIS DI SEKOLAH

Assalamualaikum pada semua, pada 25 Jan 2009 ini bermulanya mesyuarat pertama Pegawai Kanan Kok Kadet Polis Kelantan yg akan membincangkan aktiviti pada tahun 2009. Salah satu agenda yang akota dan pegawaian saya juga sentuh ialah agar pegawai KKP ini diberi lebih banyak pendedahan sebagai pegawai kanan dan juga isu tentang kemerosotan prestasiKKP Kelantan dalam perkhemahan kebangsaan bermula tahun 2005 hingga 2008.
Banyak perkara perlu dinilai kembali untuk mengembalikan kecemerlangan pasukan dan pihak PDRM dan JPN tidak boleh lepas tangan dan sama-sama menanganinya.
Di peringkat sekolah dan daerah, saya berpesan agar pemilihan anggota boleh dilakukan dan latihan kawad mulai patut bermula dengan bantuan jurulatih. IPD P.Mas menunjukkan komitmen yang baik kerana jurulatihnya telah mula turun ke sekolah.
Anggota dan pegawai di sekolah juga sepatutnya menyiapkan uniform LENGKAP untuk dipakai. kekemasan pemakaian merupakan imej utama PDRM yang juga mesti diikuti semua anggota dan pegawai bermula dari topi hingga kasut.

Friday, January 23, 2009

KENAIKAN HARGA GULA?


Hari ini saya mengunjungi Tesco, Kota Bharu untuk membeli-belah. Kesesakan di pasaraya tersebut terasa amat sangat dengan tawaran yang hebat tentunya bukan sahaja orang Cina yang sibuk membeli-belah tapi juga orang Melayu.


Saya terkejut melihat harga ayam di tawarkan RM2.99 sekilogram yang menyebabkan ramai rela beratur panjang untuk mendapatknnya. Bagiku harga itu terlalu rendah dan agak pelik..Jadi saya tidak berminat untuk membelinya.Was-was katakan.Biarlah yang ingin membelinya.Saya hanya membeli udang sederhana yang ditawarkan lebih murah di luar.


Paling mengecewakan apabila mencari gula pasir langsung tidak ternampak bayangnya yang hanya gula halus.Ah biarkan mungkin ada di pasaraya Pasir Mas tapi malangnya gula tiada lagi telah habis dibeli.


Bagi saya keadaan ini berpunca dari pengumuman Datuk Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang membyangkan harga gula akan naik selepas hari raya Cina.


Pengumuman ini telah menyebabkan rakyat berebut-rebut untuk mendapatkannya dan mungkin melebihi keperluan. Ataupun mungkin peniaga telah menyimpan stok awal-awal agar mendapat untung yang lebih berlipat ganda.


Bagi saya kerajaan tidak patut menaikkan harga gula sekarang walau pun alasan kenaikan harga gula dunia.Baik kerajaan bersabar dahulu. Pengalaman kes menaikkan harga minyak yang menyebabkan kenaikan kesemua barangan pengguna dan apabila kerajaan menurunkannya beberapa kali, peniaga masih tidak menurunkan harga bahkan dalam keadaan tertentu barangan tersebut meningkat.


Dalam kes minyak, saya mencadangkan keraajaan menangguhkan dahulu kenaikan itu, tanggunglah dahulu subsidi tersebut kerana jika kerajaan naikkan 10 sen, harga barang bukan naik 10 sen dan apabila kerajaan turunkan balik harga gula, hrga makanan berasaskan gula tidak akan diturunkan.


Harapannya agar harga gula tidak dinaikkan dan kerajaan prihatin dengan keperitan rakyat sekarang....

Monday, January 19, 2009

SEJARAH BANGSA DI LAKNAT ALLAH- YAHUDI



Kekeraskepalaan Israel membuat saya ingin mengetahui lebih banyak mengenai bangsa Yahudi dan Israel ini ... Korak-korek ke sana ke mari terkumpullah berikut ini, bila ada yang akan menambahkan, silakan ...Siapakah bangsa Yahudi ini ??Menurut studi sejarah yang didasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi erat hubungannya dengan kisah nabi Ibrahim AS yang ditengarai terjadi kurang lebih 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahwa Ibrahim (Abraham) AS, diperkirakan tinggal di daerah Palestina yang dikenal saat ini sebagai Al-Khalil (Hebron), tinggal di sana bersama Nabi Luth (Lot) (QS, 21:69-71). Putra nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian putra nabi Ishak adalah nabi Jakub. 12 putra nabi Yakub ini yang kemudian dikenal sebagai 12 suku Israel.Putra bungsu nabi Yakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang dikenal dari sejarah, setelah ditinggalkan di padang pasir oleh kakak-kakaknya, berhasil menjadi kepala bendahara di Mesir. Karena itu ayahnya, nabi Yakub, serta kakak-kakaknya menyusul nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudak keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.Karena kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa (Moses) AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir. Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM. Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan. Dalam Al-Qur'an, Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).Setelah Musa AS, bangsa Israel tetap berdiam di Kanaan (Palestina). Menurut ahli sejarah, Daud (David) menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh. Selama pemerintahan putranya Sulaiman (Solomon), batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara. Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama arsitektur. Di Yerusalem, Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa. Setelah wafatnya, Allah mengutus banyak lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal mereka tidak mendengarkan mereka dan mengkhianati Allah.
Setelah kematin Sulaiman, kerajaan yahudi terbelah di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Yerrusalem. Dengan berlalunya waktu Suku yahudi jatuh di bawah Assyurriea dan Babilon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian. Ketika raja Perrsia Kyros 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora.
63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan ornag Romawi dan tahun 70 berhasil menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.
Awal terbentuknya Israel
Setelah itu kehidupan orang Yahudi hanya ada dalam pelarian dan pengejaran, baru di kekalifahan Usman, orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan. Akhir abad ke 19, ditunjang oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropa Timur berreimigrasi ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestina. Ini dimulai tahun 1881.
1896 Theodor Herzl kelahiran Budapest membuat Negara Yahudi. Tujuannya untuk membuat negara untuk orang Yahudi di Palestina, didukung oleh uang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri
zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.
1914 Di Palestina hidup 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan kekalifahan Usman di perang dunia ke-1, Palestina menjadi bola permainan para penguasa. Para Zionis ada di sisi Inggris dan Amerika.
1917 Tanggal 2 November mentri luar negri Inggris Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentara Inggris ke Yerusalem.
1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestina ke Inggris. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestina. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negar Yahudi di Palestina.
1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun ini hidup kurang lebih 80.000 orang Yahudi di Palestina
1933 Di Jerman dimulailah pengejaran secara sistematis orang Yahudi.
1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestina, tapi orang Yahudi dibantu oleh tentara Inggris.
1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggris.
1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestina
1945 Komisi Inggris Amerika menganjurkan penerimaan 100.000 orang Yahudi di Palestina, tapi kemudian ditolak oleh Inggris sehingga menyebabkan kerusuhan di antara Yahudi - Palestina.
1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.
1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestina dan tanggal 14 Mei meninggalkan Palestina. Tentara Yahudi memasuki Palestina dan mengusir orang Palestina yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion menyerukan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.
1949 Setelah perang, Israel diakui sebagai negara oleh UNO. Karena itu hiduplah ratusan ribu orang Palestina di pengasingan terutama di Gaza. Pemerintah Israel mengumumkan Yerusalem sebagai ibukota. Di Palestina ada sekitar 650.000 orang Yahudi.
Sumber dari :
1.
http://www.tragedipalestina.com/sejarah.html
2. http://de.wikipedia.org/wiki/Judentum
3. Biografi Halima Alaiyan Vertreibung aus dem ParadiesSemoga ketabahan dilimpahkan untuk para korban yang jatuh di Palestina dan Libanon, semoga Allah SWT membukakan hati para pelaku kejahatan dan ketenangan bisa segera terbentuk di sana. Amin.

BOIKOT BARANGAN USA&ISRAEL


WAHAI SAUDARAKU DI MALAYSIA NEGARA BERTUAH...


Kita bersama-sama mereka di Palestine. Walau pun kita tidak mampu berjuang bersama-sama mereka di sana namun kita masih mampu berdoa agar dihancurkan Israel laknatullah, menderma dan memboikot barangan USA dan Israel. Kita juga marilah sama-sama mengajak agar taukeh-taukeh karpet membuat bendera Israel sebagai karpet dan dijadikan laluan ke tandas...

BEBASKAN PALASTINE BOIKOT BARANGAN USA&ISRAEL


Bebaskan Palestin!

Sunday, January 18, 2009

PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU

Pilihanraya kecil Kuala terengganu telah berlalu pada 17 Januari 2009 yang lalu dan rakyat Kuala Terengganu memberikan suara keramatnya memilih Abdul Wahid Endut - PAS memenangi kawasan tersebut dengan mengalahkan calon UMNO dan BEBAS dengan majoriti besar iaitu lebih 3000 undi berbanding PRU ke -12 lalu hanya 600 lebih sahaja kemenangan BN.
Bagi diriku kemenangan ini agak mengejutkan juga kerana ini pilihanraya kecil, lebih-lebih lagi BN pemenangnya walaupun 3 DUN tersebut milik PAS, tapi di Pengkalan pasir membuktikan BN boleh.
Secara jujur, pada pandangan peribadi UMNO mesti berubah. Dari pendapat orang Terengganu mereka menyatakan faktor calon puncanya. Bagi ku banyak faktor lain antaranya di Terengganu itu jentera BN tidak bersungguh-sungguh berkempen untuk Wan Farid tetapi mereka lebih tertumpu pemilihan Mac ini. Lobi-melobi dan sebagainya lebih menjadi tumpuan.
Dalam UMNO sendiri perlu dirobah.Bagi ahli biasa kita melihat cara pemilihan UMNO yang bermula di cawangan, Bahagian dan kebangsaan perlu diribah kepada pemilihan yang lebih baik tanpa hanya segelintir ahli sahaja yang dinamakan perwakilan. Sekiranya pemilihan dilakukan oleh perwakilan saya yakin politik wang atau rasuah dalam UMNO akan terus subur. Sebaliknya jika pemilihan dilakukan oleh semua ahli saya yakin politik wang tidak akan atau sukar berlaku. Dalam masa yang sama juga yuran keahlian atau tahunan RM1.00 pula sepatutnya dihapuskan. Ini kerana sekiraya pemilihan dilakukan oleh semua ahli, "penyingkiran" ahli oleh oleh orang-orang tertentu boleh dilakukan dengan alasan tidak membayar yuran. Ini kerana sepanjang saya menjadi ahli, yuran dibayar oleh cawangan atau pun bahagian.
Sikap pimpinan sama ada kecil atau besar pula harus dibaiki. Sikap angkuh, suka mengugut pegawai kerajaan dan berkempen untuk lakukan pembangunan tidak disukai oleh golongan muda yang menjadi pengundi yang penting sekarang. mereka suka sekiranya pemimpin ini lebih rapat dengan mereka dan hidup cara bersederhana walau pun hakikatnya mereka mempunyai banyak wang.
UMNO parti Melayu dan Islam anutannya. Bagi ku isu hudud dan qisas tidak sepatutnya dimainkan. Khairi yang pada mulanya kelihatan cuba memerangkap PAS dengan kegagalan melaksanakan hudud dihentam balik dengan soalan kenapa mereka enggan juga laksana sedangkan mereka juga Islam dan banyak lagi perkara yang tidak menguntungkan UMNO.
Budaya kerja jentera tiada wang tiada kerja perlu dikikiskan. Kita sepatutnya mengajar mereka sepertimana orag PAS yang mana mereka diajar menyumbang kepada Parti dan kerja buat mereka sangat bersungguh-sunguh.
Jika ingin disenaraikan terlalu banyak yang perlu dibincang dan rasanya banyak yang telah diketahui oleh pimpinan hanya selebihnya nak buat atau tidak. UMNO tulang belakang Melayu semahunya ia terus menjadi pembela bangsa dan umat Islam di bumi bertuah ini Malaysia

Friday, January 16, 2009

KONFLIK SELATAN THAI

Baru-baru ini di Golok, Selatan Thailand di Imigresen Sg Golok telah berlaku 2 letupan bom yang mengegarkan premis kerajaan tersebut. letupan bom ini merupakan rentetan peristiwa kezaliman pihak tentera ke atas masyarakat islam di Tak Bai yang berakhir dengan kematian yang ramai kepada umat Islam.

Pengalaman diriku yang mempunyai saudara mara disana sikap benci mereka kepada pihak berkuasa jelas sekali dinyatakan secara berbisik-bisik. ini kerana mereka takut ''dikunjungi'' atau diculik oleh pihak tentera. ini kerana banyak kes-kes yang dinyatakan oleh orang-orang kampung mereka yang bermusuhan atau tidak disenangi oleh pihak tentera akan ditembak mati.

Dalam satu peristiwa di malam raya di Kg. Bukit selatan Thai ketika umat Islam berbuka puasa bersama keluarga,pihak tentera bertindak mengepung sebuah rumah yang disyaki ada anggota pemisah didalamnya. peristiwa berakhir dengan kematian rakyat biasa yang disyaki.Walau pun rakyat hanya mendiam tapi mereka berbisik-bisik dengan nada benci kepada pihak tentera

Bagi diriku segala peristiwa kematian dan keganasan samada di Palestin atau di Selatan Thai tidak sepatutnya berlaku. keharmonian rakyat sesebuah negara patut dipertahankan dan kerajaan patut berlaku adil kepada rakyat minoriti di negara mereka.Segala tuntutan dan permintaan rakkyat seharusnya diteliti agar kemananan dan ketenteraman kekal di sana.

Pekan Golok yang dahulunya sentiasa meriah dengan pengunjung yang mana sebahagian besarnya rakyat Malaysia, kini sepi sahaja. Orang-orang malaysia lebih rela membeli barangan Siam di Rantau panjang daripada membeli-belah di Pekan golok.Kesannya rakyat thai yang lebih tahu. Setiap kali hari raya puasa atau haji aku akan beraya di sana dan bagi ku mereka ini warak orang-orangnyanya, sangat merendah diri, tali persaudaraan yang sangat erat dan menenangkan hati. keadaan ini menyebabkan aku senang ke sana. Tapi taraf hidup mereka sangat menyedihkan...

Bagiku pembangunan di Selatan Thai seharusnya dipergiatkan lagi bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan membaiki taraf hidup penduduknya yang mana kini majoritinya berpendapatan rendah. Jauhnya mereka dari kerajaan akan memudahkan mereka rasa mereka dipinggirkan oleh kerajaan dan seterusnya menjadi anti kerajaan.

Aku juga sering mendengar cakap-cakap penduduk tempatan yang menyatakan bahawa mereka yang terlibat dengan peristiwa di Takbai di"kutip" kembali sama ada diculik atau dibunuh. Mungkin cakap-cakap ini tidak benar atau mungkin juga ini benar. Tapi di sini persepsi orang Melayu di sana seharusnya diperbetulkan leh pihak kerajaan jika mereka benar-benar ingin mengembalikan keamanan di 3 wilayah yang majorotinya Islam.

Bagiku Selatan Thai terlalu dekat denganku kerana banyak keindahan dan keunikannya selama ini. Biarlah ia kembali meriah dengan pelancong-pelancongnya, rakyatnya hidup aman sejahtera dan kerajaan dapat memerintah dengan selesa. Selesaikanlah konflik ini dengan baik kerana pemerintah Thai tentu pun tahu bahawa Sejarah bahawa Wilayah ini milik kerajaan Islam Patani.

Thursday, January 15, 2009

KOR KADET POLIS

Dalam catatan kedua ku ini aku ingin mengambil kesempatan memperkenalkan pasukan Kor kadet Polis(KKP) yang mana aku merupakan ASP dalam pasukannya merangkap Setiausaha dan pegawai tatatertibnya.

Bagiku KKP kelantan merupakan yang terbaik dari segi pengurusannya di negara ini. Pentadbirannya berpusat sepertimana IPK yang diperintah oleh Komandan berpangkat ASP. Diperingkat daerahnya ia ditadbir oleh penyelaras yang juga berpangkat ASP. Boleh dikatakan sepanjang tahun KKP kelantan sibuk dengan aktiviti pasukan seperti perkhemahan, kawad kaki, kursus APR dan pegawai kanan.

Biasanya sesuatu pertandingan seperti kawad, rentas halangan, ronda pandu arah dan jalan lasak akan diadakan pertandingan sama ada peringkat daerah dan juga negeri.

SEJARAH PENUBUHAN KOR KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA

Kor kadet Polis Diraja Malaysia telah ditubuhkan mengikut arahan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang mana seksyen 68 AKTA POLIS 1967 telah dipinda bagi membolehkan Pasukan Kadet Polis (PKP) ditubuhkan. Ini adalah berikutan belia-belia yang bakal menjadi pemimpin negara, mudah terpengaruh dengan gejala social dan anti-nasional, subversif, kongsi gelap, pengedaran dadah dan penyebaran kebudayaan yang bertentangan dengan adat sopan serta tatasusila negara kita.

Menyedari masalah ini, Allahyarham Tun Mohd Salleh bin Ismail, Ketua Polis Negara yang pertama telah mengambil inisiatif menubuhkan Pasukan Kadet Polis. Penubuhannya bertujuan untuk membimbing dan memimpin murid-murid sekolah menengah yang berada dalam lingkungan umur mudah terjebak dengan dakyah-dakyah tidak diingini.

Sec. 68 Polis Act. 1967
Establishment of Cadet Corps.

(1) There shall be astablished in and for any area in Malaysia as the Minister may by order declare, a body to be known as Royal Police Cadet Corps (herenafter refered to as the Cadet Corps ) which shall consist of such number of senior Cadet Corps Officers, junior cadet Corps officers and cadets as may from time to time be sanctioned by the Yang Dipertuan Agong….

Pada 2 Mac 1970, sebanyak 56 platun telah ditubuhkan. Penubuhan PKP ini (kini dipanggil KKP) adalah untuk memberi pendedahan kepada sebilangan pelajar dalam aspek peranan dan fungsi kepolisan dalam menangani masalah jenayah, dadah, moral dan sosial dikalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

Satu perkara yang amat membebankan aku tapi kadangkala tarasa teruja yang mana aku sering kali menjadi rujukan masyarakat awam berurusan dengan polis sama ada bertanya soal saman, prosedur berurusan dengan polis, membuat aduan jenayah, nak kutuk polis ke dan macam-macam lagi. Mereka tidak memahami bahawa pegawai KKp tidak mempunyai kuasa Polis. Di sini aku terfikir adalah lebih baik pegawai KKP dari Ajutan hingga kepada ASP diberi kuasa Polis sepertimana SPDRM. Ini akan menjadikan "polis sentiasa berada dalam masyarakat"

Wednesday, January 14, 2009

AKU ANAK PASIR MAS

Sunday, January 11, 2009

DIRI KU INI ANAK PASIR MAS
Assalamualaikum sekalian para blogger, saya merupaka orang baru dalam dunia blog ini ingin memperkenalkan diri ini sebagai Rozeman, seorang anak Kelantan.Alhamdulillah hari ini hari ke- 2 genap umur ku ke 35 tahun, yang mana kematangan usia ini banyak mengajar dan mengubah diri ku ini. Kini hampir 10 tahun aku kembali ke daerah tercinta Pasir Mas dan mendidik anak bangsaku tercinta.Aku seorang guru yang biasa dikenali Cikgu Mas ASP atau Cikgu Man Polis kerana aku merupakan seorang guru kadet Polis Kelantan. pernah dianugerahi Pingat Ketua Polis Negara- Pingat Juara Penuh Disiplin Pegawai Kanan Kor kadet Polis kelantan.maknanya jiwaku bukan sahaja seorang guru tapi juga seorang pegawai Polis. Aku akui banyak cara bekerja aku lebih dipengaruhi budaya Polis, disiplin tinggi, bekerja berbentuk arahan, dan sebagainya.Aku juga seorang gemar membaca, mengkaji dan memikirkan tentang isu-isu dunia, politik dunia dan tempatan. Isu-isu tempatan sentiasa bermain dalam fikiran ku. Bahkan aku gemar bersendirian memikirkan apa yang jadi, itu, ini dan apa patut berlaku dan kenapa itu dan ini. Kadangkala aku rasa...not my business. Tapi hakikatnya aku amat prihatin.Di daerah ku Pasir Mas tidak dinafikan isu remaja atau pelajar sekolah lebih kurang sama rasku dengan daerah-daerah lain. Remaja yang tidak berminat pada persekolahan tetapi lebih berminat kepada lepak, ponteng, melawan guru, dadah. seks bebas dan sebagainya. Bagi remaja yang keluar di alam persekolahan pula, ramai di kalangan mereka terlibat dengan dadah sintetik seperti pil kuda dan sebagainya sehinggakan jenayah banyak berlaku seperti pecah rumah, ragut, pukul dan sebagainya lagi...