Friday, January 23, 2009

KENAIKAN HARGA GULA?


Hari ini saya mengunjungi Tesco, Kota Bharu untuk membeli-belah. Kesesakan di pasaraya tersebut terasa amat sangat dengan tawaran yang hebat tentunya bukan sahaja orang Cina yang sibuk membeli-belah tapi juga orang Melayu.


Saya terkejut melihat harga ayam di tawarkan RM2.99 sekilogram yang menyebabkan ramai rela beratur panjang untuk mendapatknnya. Bagiku harga itu terlalu rendah dan agak pelik..Jadi saya tidak berminat untuk membelinya.Was-was katakan.Biarlah yang ingin membelinya.Saya hanya membeli udang sederhana yang ditawarkan lebih murah di luar.


Paling mengecewakan apabila mencari gula pasir langsung tidak ternampak bayangnya yang hanya gula halus.Ah biarkan mungkin ada di pasaraya Pasir Mas tapi malangnya gula tiada lagi telah habis dibeli.


Bagi saya keadaan ini berpunca dari pengumuman Datuk Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang membyangkan harga gula akan naik selepas hari raya Cina.


Pengumuman ini telah menyebabkan rakyat berebut-rebut untuk mendapatkannya dan mungkin melebihi keperluan. Ataupun mungkin peniaga telah menyimpan stok awal-awal agar mendapat untung yang lebih berlipat ganda.


Bagi saya kerajaan tidak patut menaikkan harga gula sekarang walau pun alasan kenaikan harga gula dunia.Baik kerajaan bersabar dahulu. Pengalaman kes menaikkan harga minyak yang menyebabkan kenaikan kesemua barangan pengguna dan apabila kerajaan menurunkannya beberapa kali, peniaga masih tidak menurunkan harga bahkan dalam keadaan tertentu barangan tersebut meningkat.


Dalam kes minyak, saya mencadangkan keraajaan menangguhkan dahulu kenaikan itu, tanggunglah dahulu subsidi tersebut kerana jika kerajaan naikkan 10 sen, harga barang bukan naik 10 sen dan apabila kerajaan turunkan balik harga gula, hrga makanan berasaskan gula tidak akan diturunkan.


Harapannya agar harga gula tidak dinaikkan dan kerajaan prihatin dengan keperitan rakyat sekarang....

1 comment: