Friday, January 16, 2009

KONFLIK SELATAN THAI

Baru-baru ini di Golok, Selatan Thailand di Imigresen Sg Golok telah berlaku 2 letupan bom yang mengegarkan premis kerajaan tersebut. letupan bom ini merupakan rentetan peristiwa kezaliman pihak tentera ke atas masyarakat islam di Tak Bai yang berakhir dengan kematian yang ramai kepada umat Islam.

Pengalaman diriku yang mempunyai saudara mara disana sikap benci mereka kepada pihak berkuasa jelas sekali dinyatakan secara berbisik-bisik. ini kerana mereka takut ''dikunjungi'' atau diculik oleh pihak tentera. ini kerana banyak kes-kes yang dinyatakan oleh orang-orang kampung mereka yang bermusuhan atau tidak disenangi oleh pihak tentera akan ditembak mati.

Dalam satu peristiwa di malam raya di Kg. Bukit selatan Thai ketika umat Islam berbuka puasa bersama keluarga,pihak tentera bertindak mengepung sebuah rumah yang disyaki ada anggota pemisah didalamnya. peristiwa berakhir dengan kematian rakyat biasa yang disyaki.Walau pun rakyat hanya mendiam tapi mereka berbisik-bisik dengan nada benci kepada pihak tentera

Bagi diriku segala peristiwa kematian dan keganasan samada di Palestin atau di Selatan Thai tidak sepatutnya berlaku. keharmonian rakyat sesebuah negara patut dipertahankan dan kerajaan patut berlaku adil kepada rakyat minoriti di negara mereka.Segala tuntutan dan permintaan rakkyat seharusnya diteliti agar kemananan dan ketenteraman kekal di sana.

Pekan Golok yang dahulunya sentiasa meriah dengan pengunjung yang mana sebahagian besarnya rakyat Malaysia, kini sepi sahaja. Orang-orang malaysia lebih rela membeli barangan Siam di Rantau panjang daripada membeli-belah di Pekan golok.Kesannya rakyat thai yang lebih tahu. Setiap kali hari raya puasa atau haji aku akan beraya di sana dan bagi ku mereka ini warak orang-orangnyanya, sangat merendah diri, tali persaudaraan yang sangat erat dan menenangkan hati. keadaan ini menyebabkan aku senang ke sana. Tapi taraf hidup mereka sangat menyedihkan...

Bagiku pembangunan di Selatan Thai seharusnya dipergiatkan lagi bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan membaiki taraf hidup penduduknya yang mana kini majoritinya berpendapatan rendah. Jauhnya mereka dari kerajaan akan memudahkan mereka rasa mereka dipinggirkan oleh kerajaan dan seterusnya menjadi anti kerajaan.

Aku juga sering mendengar cakap-cakap penduduk tempatan yang menyatakan bahawa mereka yang terlibat dengan peristiwa di Takbai di"kutip" kembali sama ada diculik atau dibunuh. Mungkin cakap-cakap ini tidak benar atau mungkin juga ini benar. Tapi di sini persepsi orang Melayu di sana seharusnya diperbetulkan leh pihak kerajaan jika mereka benar-benar ingin mengembalikan keamanan di 3 wilayah yang majorotinya Islam.

Bagiku Selatan Thai terlalu dekat denganku kerana banyak keindahan dan keunikannya selama ini. Biarlah ia kembali meriah dengan pelancong-pelancongnya, rakyatnya hidup aman sejahtera dan kerajaan dapat memerintah dengan selesa. Selesaikanlah konflik ini dengan baik kerana pemerintah Thai tentu pun tahu bahawa Sejarah bahawa Wilayah ini milik kerajaan Islam Patani.

No comments:

Post a Comment