Dalam catatan kedua ku ini aku ingin mengambil kesempatan memperkenalkan pasukan Kor kadet Polis(KKP) yang mana aku merupakan ASP dalam pasukannya merangkap Setiausaha dan pegawai tatatertibnya.
Bagiku KKP kelantan merupakan yang terbaik dari segi pengurusannya di negara ini. Pentadbirannya berpusat sepertimana IPK yang diperintah oleh Komandan berpangkat ASP. Diperingkat daerahnya ia ditadbir oleh penyelaras yang juga berpangkat ASP. Boleh dikatakan sepanjang tahun KKP kelantan sibuk dengan aktiviti pasukan seperti perkhemahan, kawad kaki, kursus APR dan pegawai kanan.
Biasanya sesuatu pertandingan seperti kawad, rentas halangan, ronda pandu arah dan jalan lasak akan diadakan pertandingan sama ada peringkat daerah dan juga negeri.
SEJARAH PENUBUHAN KOR KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
Kor kadet Polis Diraja Malaysia telah ditubuhkan mengikut arahan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang mana seksyen 68 AKTA POLIS 1967 telah dipinda bagi membolehkan Pasukan Kadet Polis (PKP) ditubuhkan. Ini adalah berikutan belia-belia yang bakal menjadi pemimpin negara, mudah terpengaruh dengan gejala social dan anti-nasional, subversif, kongsi gelap, pengedaran dadah dan penyebaran kebudayaan yang bertentangan dengan adat sopan serta tatasusila negara kita.
Menyedari masalah ini, Allahyarham Tun Mohd Salleh bin Ismail, Ketua Polis Negara yang pertama telah mengambil inisiatif menubuhkan Pasukan Kadet Polis. Penubuhannya bertujuan untuk membimbing dan memimpin murid-murid sekolah menengah yang berada dalam lingkungan umur mudah terjebak dengan dakyah-dakyah tidak diingini.
Sec. 68 Polis Act. 1967
Establishment of Cadet Corps.
(1) There shall be astablished in and for any area in Malaysia as the Minister may by order declare, a body to be known as Royal Police Cadet Corps (herenafter refered to as the Cadet Corps ) which shall consist of such number of senior Cadet Corps Officers, junior cadet Corps officers and cadets as may from time to time be sanctioned by the Yang Dipertuan Agong….
Pada 2 Mac 1970, sebanyak 56 platun telah ditubuhkan. Penubuhan PKP ini (kini dipanggil KKP) adalah untuk memberi pendedahan kepada sebilangan pelajar dalam aspek peranan dan fungsi kepolisan dalam menangani masalah jenayah, dadah, moral dan sosial dikalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.
Satu perkara yang amat membebankan aku tapi kadangkala tarasa teruja yang mana aku sering kali menjadi rujukan masyarakat awam berurusan dengan polis sama ada bertanya soal saman, prosedur berurusan dengan polis, membuat aduan jenayah, nak kutuk polis ke dan macam-macam lagi. Mereka tidak memahami bahawa pegawai KKp tidak mempunyai kuasa Polis. Di sini aku terfikir adalah lebih baik pegawai KKP dari Ajutan hingga kepada ASP diberi kuasa Polis sepertimana SPDRM. Ini akan menjadikan "polis sentiasa berada dalam masyarakat"
Thursday, January 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa yang saya belum faham ialah, perbelanjaan setiap aktiviti ditanggung oleh siapa, Polis@sekolah@pejabat pendidikan?
ReplyDelete