Pilihanraya kecil Kuala terengganu telah berlalu pada 17 Januari 2009 yang lalu dan rakyat Kuala Terengganu memberikan suara keramatnya memilih Abdul Wahid Endut - PAS memenangi kawasan tersebut dengan mengalahkan calon UMNO dan BEBAS dengan majoriti besar iaitu lebih 3000 undi berbanding PRU ke -12 lalu hanya 600 lebih sahaja kemenangan BN.
Bagi diriku kemenangan ini agak mengejutkan juga kerana ini pilihanraya kecil, lebih-lebih lagi BN pemenangnya walaupun 3 DUN tersebut milik PAS, tapi di Pengkalan pasir membuktikan BN boleh.
Secara jujur, pada pandangan peribadi UMNO mesti berubah. Dari pendapat orang Terengganu mereka menyatakan faktor calon puncanya. Bagi ku banyak faktor lain antaranya di Terengganu itu jentera BN tidak bersungguh-sungguh berkempen untuk Wan Farid tetapi mereka lebih tertumpu pemilihan Mac ini. Lobi-melobi dan sebagainya lebih menjadi tumpuan.
Dalam UMNO sendiri perlu dirobah.Bagi ahli biasa kita melihat cara pemilihan UMNO yang bermula di cawangan, Bahagian dan kebangsaan perlu diribah kepada pemilihan yang lebih baik tanpa hanya segelintir ahli sahaja yang dinamakan perwakilan. Sekiranya pemilihan dilakukan oleh perwakilan saya yakin politik wang atau rasuah dalam UMNO akan terus subur. Sebaliknya jika pemilihan dilakukan oleh semua ahli saya yakin politik wang tidak akan atau sukar berlaku. Dalam masa yang sama juga yuran keahlian atau tahunan RM1.00 pula sepatutnya dihapuskan. Ini kerana sekiraya pemilihan dilakukan oleh semua ahli, "penyingkiran" ahli oleh oleh orang-orang tertentu boleh dilakukan dengan alasan tidak membayar yuran. Ini kerana sepanjang saya menjadi ahli, yuran dibayar oleh cawangan atau pun bahagian.
Sikap pimpinan sama ada kecil atau besar pula harus dibaiki. Sikap angkuh, suka mengugut pegawai kerajaan dan berkempen untuk lakukan pembangunan tidak disukai oleh golongan muda yang menjadi pengundi yang penting sekarang. mereka suka sekiranya pemimpin ini lebih rapat dengan mereka dan hidup cara bersederhana walau pun hakikatnya mereka mempunyai banyak wang.
UMNO parti Melayu dan Islam anutannya. Bagi ku isu hudud dan qisas tidak sepatutnya dimainkan. Khairi yang pada mulanya kelihatan cuba memerangkap PAS dengan kegagalan melaksanakan hudud dihentam balik dengan soalan kenapa mereka enggan juga laksana sedangkan mereka juga Islam dan banyak lagi perkara yang tidak menguntungkan UMNO.
Budaya kerja jentera tiada wang tiada kerja perlu dikikiskan. Kita sepatutnya mengajar mereka sepertimana orag PAS yang mana mereka diajar menyumbang kepada Parti dan kerja buat mereka sangat bersungguh-sunguh.
Jika ingin disenaraikan terlalu banyak yang perlu dibincang dan rasanya banyak yang telah diketahui oleh pimpinan hanya selebihnya nak buat atau tidak. UMNO tulang belakang Melayu semahunya ia terus menjadi pembela bangsa dan umat Islam di bumi bertuah ini Malaysia
No comments:
Post a Comment