Wednesday, January 14, 2009

AKU ANAK PASIR MAS

Sunday, January 11, 2009

DIRI KU INI ANAK PASIR MAS
Assalamualaikum sekalian para blogger, saya merupaka orang baru dalam dunia blog ini ingin memperkenalkan diri ini sebagai Rozeman, seorang anak Kelantan.Alhamdulillah hari ini hari ke- 2 genap umur ku ke 35 tahun, yang mana kematangan usia ini banyak mengajar dan mengubah diri ku ini. Kini hampir 10 tahun aku kembali ke daerah tercinta Pasir Mas dan mendidik anak bangsaku tercinta.Aku seorang guru yang biasa dikenali Cikgu Mas ASP atau Cikgu Man Polis kerana aku merupakan seorang guru kadet Polis Kelantan. pernah dianugerahi Pingat Ketua Polis Negara- Pingat Juara Penuh Disiplin Pegawai Kanan Kor kadet Polis kelantan.maknanya jiwaku bukan sahaja seorang guru tapi juga seorang pegawai Polis. Aku akui banyak cara bekerja aku lebih dipengaruhi budaya Polis, disiplin tinggi, bekerja berbentuk arahan, dan sebagainya.Aku juga seorang gemar membaca, mengkaji dan memikirkan tentang isu-isu dunia, politik dunia dan tempatan. Isu-isu tempatan sentiasa bermain dalam fikiran ku. Bahkan aku gemar bersendirian memikirkan apa yang jadi, itu, ini dan apa patut berlaku dan kenapa itu dan ini. Kadangkala aku rasa...not my business. Tapi hakikatnya aku amat prihatin.Di daerah ku Pasir Mas tidak dinafikan isu remaja atau pelajar sekolah lebih kurang sama rasku dengan daerah-daerah lain. Remaja yang tidak berminat pada persekolahan tetapi lebih berminat kepada lepak, ponteng, melawan guru, dadah. seks bebas dan sebagainya. Bagi remaja yang keluar di alam persekolahan pula, ramai di kalangan mereka terlibat dengan dadah sintetik seperti pil kuda dan sebagainya sehinggakan jenayah banyak berlaku seperti pecah rumah, ragut, pukul dan sebagainya lagi...

3 comments:

  1. Syabas saudara!!! semoga saudara suksess. salam perkenalan. Alam blogger luas saudara.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara kerana berjaya tubuhkan satu blog utk d jdikan panduan kepada pemuda-pemudi serta pelajar2 agar atas coretan dan ilmu2 yg d kongsikan oleh saudara menjadi titik permulaan dan semangat diatas ilmu dan pengalaman yg dkongsikan oleh saudara d blog ini...saya juga berbangga dgn saudara kerana saudara salah seorang anak melayu yg mempunyai jiwa kental dan bersemangat ..hrp anak2 muda skrg dpt mencontohi saudara d atas pengalamn2 yg d curahkan oleh saudara d blog ini..proud of u anak jati pasir mas....semoga apa yg di cita2kan dan d impikan oleh saudara dpt terlaksana dan dicapai ..Aminn

      Delete