Tuesday, February 9, 2016

Penerimaan Darjah Ahli Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K.) Dr DYMM Sultan Muhammmad Ke V

  Alhamdulillah pada 11.11.2014 saya telah dianugerahkan Ahli Kelantan ke 5, Dengan Kurniaan Ahli Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K ) di Istana Balai Besar Kota Bharu dalam majlis penyampaian yang gilang gemilang.
       Penganugerahan ini mengambil kira antaranya penglibatan saya dalam Pasukan Menembak  JPN Kelantan selama hampir 10 tahun dan pasukan kami sentiasa menjadi antara pasukan yang terbaik dalam pertandingan. Dalam masa yang sama saya pernah dipilih oleh Jabatan Integriti Negeri Kelantan dengan Kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) untukmenjadi penceramah kepada Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Kelantan bersama Dato Dr Tab Salleh, Presiden IIM dan Dato Ketua Polis Kelantan. Dalam masa yang sama saya pernah dianugerahi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai Juara Pengurusan Skim Ronda Sukarela (SRS) Kebangsaan, pada 2013 di Putrajaya. Ini anugerah yang julung-julung kali dimenangi oleh guru biasa di Malaysia atas anugerahyang dinilai oleh PDRM Bukit Aman, KDN, Wakil Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perpaduan Malaysia sendiri. Paling mengembirakan saya ditawarkan oleh Timbalan Menteri Pengiring masa tu, YB Fuad Zarkashi untuk berkhidmat di Jabatan Pendidikan Kelantan atau KPM dan saya diminta menghubunginya kembali, walau bagaimana pun saya tidak menghubunginya kembali dan anggapkan itu bukan rezeki saya di sana.
        Saya juga menjadi tetamu " Selamat Pagi Malaysia" TV 1 jam 8.00 pagi pada tahun  2013 dan rakaman tersebut masih ada di youtube.
    Alhamdulillah dengan rezeki Allah beri itu akan menambah semangat saya yang sedikit sebanyak saya kutip daripengalaman saya selama hampir 16 tahun dalam Kor Kadet Polis Diraja Malaysia dan pernah menerima anugerah KPN sebagai Juara Penuh Disiplin Pegawai Kanan Kor Kadet Polis pada tahun 2018.
       Moga jadi pembakar semangat rakan-rakan semua dan sebagai perkongsian atas usaha gigih yang tidak mengharapkan sesuatu balasan tetapi insyaalah ia akan datang dengan sendirinya hasil dari kerja buat kita.

Keperluan Jurulatih Kawad di sekolah / trak@ Van Untuk Aktiviti Kadet Polis Di Sekolah

  Dalam pasukan kadet pelbagai disiplin ilmu yang perlu dipelajari oleh anggota kadet seperti kawat dan perkhemahan atau latihan peringkat sekolah. Justeru itu ramai platun komander tidak mengetahui kaedah untuk memperolehi kemudahan aktiviti kadet seperti kawat, lawatan platun dalam negeri/daerah, jurulatih pengiring dan sebagainya. Justeru itu saya beri contoh surat permohonan

    1. Permohonan Jurulatih kawat
 
                             Yang Dihormati
                              ACP Haliluddin bin Rahim
                              Ketua Polis Daerah
                              Ibu Pejabat POlis Daerah Pasir Mas,
                              17000, Pasir Mas, Kelantan

                              YDH Tuan,

                              Permohonan Jurulatih Bagi Pasukan Kadet Polis SMK Perempuan Pasir Mas,

                              Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
                   
                              .2      Adalah dimaklumkan bahawa platun kami memohon jurulatih
                                       kawad..........................

                               3.     Bersama-sama ini disertakan jadual latihan pasukan kami untuk rujukan
                                       pihak tuan. Bersama-sama ini juga disertakan platun komander kadet yang                                            boleh dihubungi untuk rujukan pihak tuan, Insp/k Rosmah bt Hj Seman ,                                              019-913234.
                              4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan mempertimbangkan permohonan kami
                                  ini.Atas pertimbangan ini diucapkan ribuan terima kasih.

                              " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

                                TT Pengetua...

2. Permohonan Jurulatih Pengiring  untuk perkhemahan sekolah/daerah/

3.  Permohonan trak PDRM untuk angkut anggota menyertai aktiviti sekolah di luar.

       Semua surat ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua dan diserahkan kepada pihak JPJKK IPD yang berkenaan.




Pembentukan Kompeni Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia

     Pembentukan Kompeni Dalam satu-satu pasukan kadet merupakan satu perkara yang perlu dilakukan oleh pihak Pengurusan Kadet Polis peringkat daerah (contoh Kelantan ada Penyelaras Daerah) atau IPD yang dipertanggungjawabkan kadet di bawahnya. Tanggungjawab penubuhan kompeni bukan tanggungjawab sekolah atau platun komander seperti pemahaman sesetengah platun komander jika sekolahnya mempunyai anggota kadet yang ramai, maka jumlah platun diperbanyakkan dan secara tidak langsung kompeni diwujudkan diperingkat sekolah.
   Adalah diingatkan bahawa setiap sesebuah sesekolah maksimum penubuhan pasukan Kadet Polis hanya 1 platun lelaki dan 1 platun wanita sahaja.Satu platun terdiri dari 34 anggota kadet dan seorang platun komander berpangkat Inspektor. Justeru itu saya merasa amat hairan apabila ada sekolah yang mempunyai seorang ASP/K dan sehingga 4 hingga 5 platun komander. Perlu diinggatkan bahawa pasukan Kadet Polis tertakluk kepada Akta Polis dalam pelantikan anggota dan pegawainya.

      Penubuhan PKP di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967.Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintah oleh YB Menteri Dalam Negeri.Pasukan Kadet Polis terdiri daripada: 
  1. Pegawai Kanan PKP
  1. Pegawai Pangkat Rendah PKP
  1. Anggota PKP
Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dan dibahagikan kepada; 
  1. PKP Lelaki (sebuah sekolah hanya 1 platun sahaja )
  1. PKP Wanita (sebuah sekolah hanya 1 platun sahaja)
Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Penolong Komander Kompeni(Ajutan), empat orang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang anggota kadet.
Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkan penubuhan satu kompeni dan seterusnya.
Sebagai contohnya jika sesebuah daerah ada 20 platun Kadet Polis maka kiraannya seperti berikut:

       1.  Kompeni A (4 platun )
       2.  Kompeni B (4 platun )
       3.  Kompeni C (4 platun )
       4.  Kompeni D (4 platun )
       5.  Kompeni E ( 4 platun )

Ini bermakna daerah tersebut akan mempunyai   
       1.  5 orang ASP/K
       2.  5 orang Ajutan, 
       3.  20 orang Inspektor Kadet,
       4.  5 orang Sub Inspektor Kadet, 
       5.  5 Sarjan Mejar
       6.  20 orang sarjan, dan seterusnya 3 KPL dan 30 anggota bagi setiap platun.

banyak kes berlaku lambakan ASP berlaku dan jawatannya tidak mengikuti seperti yang sepatutnya, manakala Ajutan tidak diisi kerana pemahaman mereka Inspektor tu adalah sama.Ini adalah pendapat yang salah kerana apabila seseorang Inspektor telah dinaikkan pangkat Ajutan, maka jawatan sebelumnya di sekolah sebagai Platun Komander hendaklah digantikan dengan seorang platun komander baru. Ajutan dan ASP/K ini tidak tertakluk kepada platun sekolah. Apabila mereka berpindah sekolah dalam daerah yang sama, maka jawatan ajutan dan ASP itu masih boleh disandang oleh mereka kecuali mereka berpindah dari daerah yang tiada kekosongan jawatan itu, maka terlucut jawatan mereka. Jawatan itu boleh diisi semula di daerah baru sekiranya mendapat persetujuan IPD daerah baru.

  Bagi daerah yang pasukan kadetnya ialah seperti contoh 23 platun, maka kompeni baru tidak boleh dibentuk kecuali telah mencapai jumlah 24 atau 28. Jadi daerah yang ada 23 platun tersebut, penyelaras daerah hendaklah menyerapkan 3 platun itu dalam mana-mana kompeni yang membawa maksud akan ada kompeni yang mempunyai 5 platun.

    Justeru itu dengan penjelasan panjang lebar ini akan mampu menjadikan sesebuah daerah tersebut sebaga sebuah daerah yang pasukan kadetnya yang mantap mempunyai struktur pentadbiran daerah yang mantap dan berkesan.

   Sekiranya mana-mana pembaca yang ingin pencerahan boleh menghubungi saya.

ASP/K Rozeman bin Din
Timbalan Komandan (Latihan)
Kor Kadet PDRM
Kontinjen Kelantan.





Monday, March 2, 2015

Kursus Pengurusan Platun Komander

Kursus pengurusan Platun Komander di sekolah anjuran Kor Kadet Polis Kelantan


     Lama sudah kiranya tidak mencatat dalam blog Rozeman95 ini.Kesibukan dengan tugas menyebabkan banyak masa di habiskan dengan tugasan seharian.Pada 9 Mac ini akan diadakan satu Kursus kepada platun komander tentang bagaimana pengurusan yang sepatutnya dilakukan olehnya bagi memastikan kelangsungan pasukannya.
     Dari pengamatan saya, platun komander sekarang orang-orang yang baru dan kurang diberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk uruskan platun. Antara yang perlu ialah
      a.   Menyenaraikan senarai nama ahli kadet seramai 34 orang (1 sarjan, 3 kopral dan 30 konstable 
            kadet ) beserta ic dan tingkatan utk rekod dan di hantar kepada IPD Pasir Mas.

      b.  Menyediakan manual pengurusan platun
      c.  memohon dgn IPD jurulatih di sekolah
      d.  Memastikan uniform pegawai dan platun lengkap
      e.  perancangan aktiviti KKP di sekolah tahun tersebut..

Insyaalah saya akan membantu. Boleh dihubungi saya melalui email rozez95@gmail.com

Friday, March 16, 2012

Penang- Hari ini hari kedua Kursus Kemahiran Mediasi Komunity Di Berjaya Hotel, very good courses, kita didedahkan dengan kemahiran kenalpasti masalah masyarakat, cara kenal pasti dan kendali masyarakat. Insyaalah Isnin ini sayaakan menyampaikanceramah kepada Pegawai Kanan Kor Kadet Polis berkenaan Pengurusan Platun. Saya sanggup accuse sehari kursus ini untuk jumpa Pegawai Kanan Kkp semata-mata harapkan agar kebangkitan semula KKP KN.

Dr Penang

Wednesday, March 14, 2012

Peraturan Baru Pemakaian Uniform Pegawai kor Kadet PDRM

Merujuk kepada surat arahan baru kepada semua Pegawai Kanan PDRM termasuk Kor Kadet Polis, semua pegawai berpangkat Inspektor, colar badge atau colar dotnya bertukar dari logo PDRM kepada logo Oak Leaf sama seperti colar dot ASP. Perubahan ini adalah selaras dengan permulaan pegawai Polis berijazah kini bermula dengan Inspektor Percubaan.Diharap semua pegawai Kanan Kor Kadet Polis ambil perhatian.

PEGAWAI TATATERTIB KOR KADET PDRM
KELANTAN
14 Mac 2012.

Thursday, March 8, 2012

AKTIVITI AWAL TAHUN

Aktiviti awal tahun Kor Kadet Polis walaipun belum menerima arahan dari daerah atau negeri mesti bermula dengan pemilihan anggota baru dan mantapkan anggota lama untuk latihan dan pertandingan kawad. Anggota mesti berumur 14 tahun ke atas. JPN Kelantan anjurlan pertandingan negeri pada Mac ,maka daerah juga boleh mengendalikan pada hujung Mac.Jurulatih hendaklah diperolehi melalui HEA IPD masing-masing.Sila kemukakan surat permohonan. Uniform anggota petlu diperlengkapkan sepenuhnya untuk 34 anggota tetap kita.Untuk anggota butang baju besi tidak lagi perlu dipakai, kecuali pegawai.Sila ambil tindakan.

ASP ROZEMAN DIN
Pegawai Tatatertib Pasukan
KELANTAN.