Tuesday, January 4, 2011

Kenaikan harga Pengguna


Salam kepada semua pembaca, lama benar saya tidak mencatat dlm blog saya bukan apa sepanjang itu saya banyak memerhati sahaja.....kenaikan kadar jenayah kejam di negara ini, kemalangan maut yang mengerunkan, perbalahan antara ahli politik yang memalukan rakyat, kaedah berpolitik yang mundur dan banyak lagi mencelarukan hati dan menyebabkan rasa mual dengan semua keadaan itu.
Baru-baru ini saya ke Tesco untuk mencari minyak masak, malangnya tiada, terus ke KB Mall pun tiada, singgah dibeberapa kedai tepi jalan semuanya tiada bila ku telefon rakan di Pejabat Perdagangan rupanya dah seminggu krisis ini melanda..aduh hajat hati nak buat makan-makan kat orang kampung akhirnya tergendala kerana krisi itu...itu tak dikira harga santan yg mencecah RM7.00 sekilo di Pasir Mas...Sejujurnya keadaan ini tidak baik untuk sebuah negara yang mengutamakan rakyat.Sepatutnya kementerian yang terbabit mengambil satu langkah lebih awal atasi segala masalah rakyat jangan duduk selesa di kerusi empuk menteri itu nanti rakyat tarik turun...Pasal minyak masak..peliik kerana kita pengeluar minyak masak terbesar dunia...

Bangun pagi tadi terkejut lagi apabila harga minyal Ron97 naik dari 2.10 kepada RM2.40..tahlah apa sahaja alasan kerajaan , rakyat tidak menyukai keadaan ini. dan ini tidak baik untuk menghadapi pilihanraya umum nanti kerana pembangkang akan manupulasinya cukup-cukup. Wahai kerajaan ingatlah slogan kita Rakyat Didahulukan Pencapaian di utamakan