Friday, February 6, 2009

PERALIHAN KUASA DI PERAK



Pelantikan dan angkat sumpah MB Perak BN yg baru telah selesai diadakan dan Datuk Zambri telah dilantik menjadi dengan rasminya. Sebagai ahli UMNO secara amnya tentulah kita gembira. Walau bagaimanapun sebagai seorang lulusan Sains Politik, saya melihat "kemenangan" secara "rampasan" kuasa ini tidak memberi manfaat kepada BN dalam pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ini kerana perasaan simpati kepada PR semakin meningkat lebih-lebih lagi dikaitkan dengan 4 orang yang menlompat parti dr "Parti Miskin" kepada "Parti yang kaya" ini dengan sesuatu yang menimbulkan pesepsi yang negatif di kalangan rakyat.

Massa mengetahui bahawa 2 orang bekas exco PR ini merupakan orang yang disabitkan dengan masalah perbicaraan rasuah yg akan disebut pada 10 Feb 2009 ini dan sepertimana kata Tun Mahathir, jika menang mereka, pespepsi rakyat akan memihak kepada PR dengan pelbagai tuduhan dan jika mereka kalah BN terpaksa hadapi pilihanraya kecil yang akan memberi kelebihan kepada PR.
Perlu diingati dalam politik persepsi banyak memberi manfaat kepada sesuatu parti yang berjaya mengeksploitasinya.

Saya berpendapat langkah "gentleman" yang perlu dilakukan untuk mendapat mandat rakyat kembali ialah mengadakan pilihanraya DUN Perak semula. Ia akan memberi rasa hak dan keyakinan yang sebenarnya kepada BN memerintah dan menaiki kereta baru Camry dengan penuh bermaruah.

Walau bagaimana pun keputusan telah terlaksana. Tuanku telah membuat keputusan dan tempoh 4 tahun untuk hadapi pilihanraya umum ke-13 rasanya tidak mencukupi untuk memenangi hati rakyat Perak. bimbangnya daripada kaji selidik yang dibuat oleh Dr Hasbullah menunjukkan bahawa institusi kerajaan baru "tidak dipercayai" dan institusi Raja dikecam.

Sebagai ahli UMNO biasa yang tiada kepentingan dan sebagai rakyat, meminta BN memandang serius kenyataan Tun Dr mahathir, pemimpin kita yang bijaksana itu.

No comments:

Post a Comment