Friday, March 12, 2010

Kawad baru

Saya difahamkan oleh Hal Ehawal Awam IPD Pasir Mas terdapat sedikit perubahan kawad kaki PDRM yang mana juga terpakai kepada semua pasukan di bawah tanggungjawabnya termasuk Kor Kadet Polis. Ia mesti bermula dengan pergerakan kaki kiri. Dulunyapergerakan kawad bermula dengan kaki kanan.

Tindakan ini dipercayai mengembalikan kepada pergerakan asal kawad kaki PDRM dahulu iaitu kaki kiri di permulaan pergerakan. Contohnya .."Dari Kiri Cepat Jalan.."..maka pergerakan itu kini bermula kiri. Yang lain adalah tiada perubahan.

Dalam masa yang sama ia mengelakkan kesukaran dalam majlis-majlis besar seperti Sambutan Hari Kebangsaan atau acara-acara yang melibatkan semua ketumbukan badan beruniform yang mana rata-ratanya bermula dengan kaki kiri..

ASP/K Rozeman b. Din
Timbalan Penyelaras
Kor Kadet Polis Daerah Pasir Mas

Merangkap Mantan ASP Tadbir
Kor Kadet Polis Kelantan.

Sunday, February 28, 2010

Keindahan Lata Belatan, Terengganu


Salam sejahtera buat semua. Pada 24 hingga 27 Feb 2010, Pelajat Tingkatan Enam SMK Perempuan telah menghadiri Kursus Asas Bina negara anjuran BTN Putrajaya, alhamdulillah tahniah dan terima kasih kepada pihak BTN Putrajaya terutamanya Puan Aishah dan En Hudrus kerana menjayakan kurusus ini. Anda memang hebat dan terima kasih.


Di Lata Belatan pula tahniah kepada Jabatan Perhutanan Terengganu kerana menyediakan tempat yang sangat baik, kemas dan tersusun. dengan kos bayaran hanya RM2 per head kepada pelajar sepanjang kursus dengan segala kemudahan dan kerjasama baik memastikan inilah pengurusan yang hebat. Insyaalah ada kesempatan kami akan berkunjung lagi ke tempat ini. Bagi yang ingin merasai keindahan alam, silakan ke sana. Airnya yang tenang dan tidak merbahaya kepada kanak-kanak, siap dengan tempat rehat, teduh dan menarik pasti meuaskan hati semua. Inilah lambang penjagaan alam sekitar. Walau bagaimanapun sikap pengunjung yang suka membuang sampah merata-rata amat dikesalkan..

Friday, February 19, 2010

Rehat Dalam Pasukan negeri


Tahun 2010 banyak tugasan yang perlu saya lakukan. Tapi yang pastinya saya telah meletakkan jawatan sebagai ASP Pentadbiran Kor kadet Polis Negeri dan sebagai Pegawai tatatertib negeri berkuatkuasa Jan 2010.. Saya harap mereka mereka yang mengantikan tugas saya akan lebih baik dan mampu memberi komitmen memajukan pasukan. Walau bagaimanapun aku masih Kompeni komander A di daerah Pasir Mas...

Thursday, February 18, 2010

PEMAKAIAN UNBIFORM POLIS

Saya dihubungi oleh rakan-rakan pegawai kanan Kor Kadet yang menyatakan Pengetua dan Penolong-Penolong Kanan mereka yang bukan terdiri dari pegawai Kadet sama ada platun komander atau ASP ingin mekai uniform tersebut terutamanya pada hari kokurikulum sekolah. Jawapan saya sebenarnya adalah merujuk kepada Akta Polis dan peraturannya bahawa memakai uniform ini bukan sebarangan suka-suka untuk memakainya.Ia tertakluk pada peraturan dan undang-undang. Seseorang yang boleh memakainya hanyalah pegawai Polis, Pegawai kanan Kor Kadet Polis yang berdaftar atau tauliah, Polis Bantuan, SPDRM, Kor Suksis sama ada anggota atau pegawainya. Manakala mereka yang tidak berkaitan sama sekali tidak boleh memakai atau memilikinya sebarangan. Lagi pun uniform ini tertakluk pada peraturan dan etika beruniform dan pangkat. Etika ini perlu diikuti secara khusus dan dipraktikkan secara profesional. Sekiranya guru-guru yang bukan pegawai Kor Kadet Polis ini memakainya, tentu mereka juga dianggap "pegawai Kor Kadet Polis" dan salah laku mereka akan tercalit ke muka pasukan yang disegani ini. Peraturan ini boleh dirujuk dalam Akta Polis dan kesalahannya adalah dipanggil "menyamar"

Untuk membeli dan memiliki sesuatu peralatan dan aksesori Polis pun perlu mengemukakan kad kuasa atau autoriti seseorang pegawai atau anggota, manakala orang awam tidak boleh memiliki peralatan dan aksesori PDRM tanpa kebenaran. Jangan dikatakan orang awam, anggota atau pegawai tetap PDRM yang pencen pun setahu saya tidak boleh lagi memiliki peralatan PDRM sama ada uniform, senjata dan peralatannya.
saya mencadangkan mana-mana pihak sekolah yang ada kekeliruan sila rujuk HEA IPK atau HEA IPD masing-masing.

ASP/K ROZEMAN BIN DIN
MANTAP ASP TADBIR KOR KADET POLIS NEGERI KELANTAN DAN
PEGAWAI TATERTIB NEGERI.

Thursday, February 11, 2010

TEMUDUGA JUARA KHIDMAT CEMERLANG


Salam sejahtera buat semua warga Kor kadet Polis seluruh negara. beruntung kerana kita masih lagi bersama-sama dalam organisasi PDRM iaitu Kor kadet Polis. Ia sememangnya organiasi yang mantap dan berjaya menghasilkan ramai pegawai kanan Kor kadet PDRM dan anggota-anggota. Ramai lepasan anggota kadet menyertai perkhidmatan PDRM selepas berjaya memohonnya. Syabas.

Temuduga Juara Khidmat Cemerlang atau Temuduga Juara Penuh Disiplin pegawai kanan dan APR akan diadakan pada bulan Februari atau Mac tahun 2010, yang mana pada 25 Mac 2010 ketika sambutan Hari Polis mereka akan dapat surat anugerah KPN atau KP kelantan. Anugerah ini sangat hebat dan mereka yang memperolehinya mestilah mempunyai kualiti yang setanding dengan sijil itu.

Pengalaman saya sebagai penerima tempat pertama anugerah ini pada tahun 2008, amat membanggakan. Apakah kriteria yang pada pendapat saya melayakkan seseorang itu untuk dapat Johan Pegawai Kanan atau APR ? Pertama mereka mesti mempunyai pengetahuan Kepolisan yang tinggi. Ia merangkumi pengetahuan am kepolisan. Yang utama Akta Polis PUA487 berkenaan penubuhan pasukan, pelantikan pegawai atau APR, perletakan jawatan, jawatan-jawatan yang ada dan maknanya dan ringkasnya mesti hafal akta tersebut. Mereka juga mesti mendalami jawatan-jawatan yang ada dlm PDRM bermula dr pangkat konstable hingga IGP. Nama pemimpin pucuk pimpinan utama PDRM mesti hafal dab juga nama pucuk pimpinan negeri.

Kedua, mesti mempunyai pemakaian atau "turn out" yang mantap. Perlu ingat walaupun kita cikgu dan pelajar kita pelajar sekolah tapi semangat uniform perlu kita masukkan bila menjadi pegawai kanan atau APR. Penampilan yang mantap bila berakaian seperti kemas, rambut yang disloop baik, berry yang betul dan kemas, lencana dant anda-tanda pada uniform yang betul. Bila masuk ke dewan temuduga juga mesti kawad yang bukan buat-buat tapi mesti kemas dan mantap.

Yang ketiga, kemahiran berkomunikasi. kemahiran berkomunikasi ini amat berbeza dalam temuduga awam kerana ada di kalangan panel itu dari Cawangan khas. Mereka masih dalam mengemukakan soalan-soalan yang kadangkala menyebabkan lidah kelu..Justeru itu mesti pandai menjawab dengan cekap dan tidak menimbulkan kemarahan panel temuduga.

Yang keempat, bawa resume yang menunjukkan sijil-sijil dan anugerah PDRM yang pernah kita dapat. kalau boleh masa temuduga itu cuba kita "kawal" perbualan dengan tajuk yang kita boleh jawab dan minat. Ini telah berjaya saya lakukan dalam temuduga saya dan penemuduga "terperangkap" dan saya berjaya mengawal dan tidak kena soalan maut mereka.

Yang kelima, memang bila kita masuk penampilan kita itu panel temuduga dah minat terutama bila dia dah nampak imej kita macam Polis sebenar.

Akhirnya selamat bertemuduga, ini merupakan satu nasihat sahaja berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Yang gagal temuduga itu bukan apa mereka gagal bentuk imej Polis dalam diri mereka apabila hadir temuduga seperti selekeh, kawad tak pandai, soalan tidak mampu dijawab dan gagal menarik hati panel temuduga


Wednesday, February 3, 2010

Kor kadet Polis


Pertanyaan dari rakan-rakan secara tidak langsung yang mengajar di negeri-negeri lain macamana nak wujudkan jawatan Ajutan dan ASP dalam Kor kadet Polis di daerah atau negeri mereka. Panjang lebar aku terangkan kepada mereka alhamdulillah nampaknya mereka faham tapi macam tak confident. Tuan-tuan dan puan - puan Kor kadet Polis kekuatannya pada asal berdasarkan ketumbukan Polis Hutan atau PGA yang mana ada jawatan Kompeni Komander (ASP). Ajutan (pangkat Inspektor tapi dipilih daripada Platun komander yang berpengalaman), Sub Inspektor dipilih dari kalangan pelajar yang telah memegang jawatan Sarjan Mejar kadet. Maknanya secara am di setiap daerah hitungkan jumlah platunnya. Contohnya Pasir Mas, kelantan ada 20 buah platun jadi setiap 4 platun digabungkan menjadi satu kompeni maka secara automatik seorang kompeni komander berpangkat ASP/K dilantik yang memerintah 4 buah platun tersebut. Seorang ajutan berpangkat Inspektor kadet dipilih dari kalangan Inspektor (platun komander) seorang Sub Inspektor Kadet dipilih dari kalangan anggota kadet berpangkat Sarjan Mejar kadet atau jika belum wujud, maka pilih dari kalangan sarjan kadet yang hebat.Maka secara tak langsung ada ASP, Inspektor, Sarjan Mejar dan Sub Inspektor Kadet. Perlu ingat dalam Kor kadet tiada pangkat Cif Inspektor !!!!

pesanan saya. walau pun kita guru tapi apabila kita memakai unform Polis, maka jagalah ""maruah" uniform itu kerana ia lambang keberanian , ketegasan dan banyak air mata yang mengalir kerana mempertahankan integriti uniform itu. bari kita akan memakainya dengan penuh bertanggungjawab.

Tuesday, February 2, 2010

kronologi Penstrukturan Pangkat Kor Kadet Polis


Penstrukturan Pangkat dalam Kor Kadet Polis yang berusia hampir 39 tahun penubuhannya. Penelitian cadanga penstrukturan untuk dimajukan kepada IPK telah dimulakan di Kelantan pada tahun 2005 seingat saya berdasarkan kertas kerja yang diarah saya uruskan oleh Komandan Kor Kadet ASP/k Che Zul bersama rakan-rakan yang lain.Prosesnya mengambil masa yang lama dan agak teliti saya lakukan dengan nasihat Tuan Zul. Pada tahun 2007 atau tahun 2008 cadangan penstrukturan pangkat itu telah berikan kepada tuan Zul dan katanya telah diberikan kepada HEA Kelantan semasa ASP Kamarul menjadi Pegawai HEA IPK.
Pada tahun 2008 dalam perkhemahan kebangsaan di Kuantan, bersama lampiran surat Jabatan Pelajaran kelantan, sekali lagi dengan disaksikan oleh semua wakil negeri-negeri cadangan tersebut untuk dimajukan kepada pihak KPN Pembantu. Apa-apa pun perlu dijelaskan ia bukan desakan tapi satu permohonan atau cadangan sahaja bukan sama sekali mendesak pihak atasan. Negeri-negeri yang hadir menunjukkan persetujuan berdasarkan kertas kerja yang dibuat negeri kelantan itu.
Pada Oktober 2010(agak-agak) kebetulan seorang rakan yang bekerja sebagai Pegawai Kanan di KDN bercerita ttg peranan dan kerja buat jabatannya. Bila dilayari laman web KDN seperti juga laman web kementerian lain terdapat ruangan untuk penambahbaikan atau cadangan disediakan oleh Kementerian tersebut selaras dengan hasrat PM untuk merakyatkan organisasi kerajaan. Dalam ruangan memberi pendapat sekali lagi aku cadangkan agar Pangkat dalam Kor Kadet Polis diberi penambahbaikan.Walau pun kami tiada gaji dan elaun ia besar maknanya dari segi moral. Kor Suksis ada jawatan ACP dan khabarnya mereka kini mahu post SAC II. Atas tugas yang diberikan oleh pasukan maka sekali lagi saya membuat cadangan tersebut secara umum bukan menyentuh mana-mana negeri. Cuma di akhir ruangan saya secara jujur memuji budaya Kor Kadet Polis di negeri kelantan yang up to date, kemas dan mantap di bawah pimpinan Pegarah Pelajaran dan Ketua Polis negeri. Sama sekali ada makna tersirat semuanya tersurat. Semoga maju jaya.......

PERSAHABATAN


Persahabatan. Semua orang biasa menyebut perkataan itu. Semua orang ada sahabat dan semua orang ada rakan. Adakah wujudnya perbezaan di antara kedua-dua istilah itu. Dari sudut bahasa saya tak pasti perbezaannya tapi atas dasar pengalaman, persahabatan lebih jelas lagi keakrabannya manakala kawan, semua yang kita kenal dan tak kenal ia adalah kawan kita.Kadangkala seorang musuh kita pun kita masih anggap ia kawan.

Sahabat merupakan lambang kekuatan dan keikhlasan dalam perhubungan. dalam sesetengah situasi, tempat dan orang seorang sahabat sanggup mati untuk rakan, sanggup mati bersama-sama rakan dan sanggup bersusah senang dengan rakan atau sahabat mereka. Dalam sejarah Islam, Rasullallah SAW sendiri ada sahabat-sahabatnya. Mereka bersama-sama Rasulallah hidup mati dan bersusah senang menyebarkan dakwah Islam seluruh dunia. nama-nama Abu Bakar, Umar al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi sanggup mati kerana sahabat mereka iaitu rasullallah.

Zaman ini untuk mendapat sahabat seperti itu sangat-sangat susah. pertamanya kiuta mestilah menjadi sahabat yang mampu berkorban dan susah senang bersama sahabat kita baru kita patut mengharapkan ada sahabat dalam hidup kita. bagaimana seseorang itu menguji ia sahabat kita? senang sahaja. Kita sendiri yang boleh menilai dan meletakkan harga sebuah persahabat. Tapi sekurang-kurangnya standard seorang sahabat mereka mesti kenal sahabat mereka dan percaya apa tindakan sahabat kita. Secara minimumnya jangan mudah percaya tohmahan orang pada sahabat kita dan apabila sahabat kita kesusahan bantulah ia. Sekiranya hati kita "kecil" sekurang-kurangnya katakan simpati kepadanya, mendengar luahannya dan bantulah ia..itu minimum sebuah persahabatan. Adalah malang bila kita bersahabat, bila ia dalam kesusahan atau ditimpa musibah, cepat-cepat kita melarikan diri darinya atau mudahnya tidak ingin menolongnya. Apa yang lebih malang, kiat berpaling tadah menghentam sahabat kita . Nilailah diri kita. tengok sahabat paling setia dalam dunia moden ialah hubungan dua negara anti Islam iaitu Amerika dan Israel. Amerika semahu-mahunya akan tetap mempertahankan sahabatnya walau besar mana, berat mana beban dan besar mana dosa kerana "itu sahabat ku". Sebab itulah ia mampu wujud di tengah-tengah bangsa Arab yang seperti buih di laut luas....Amin

Harum namamu Kor Kadet POlis Kelantan



Salam sejahtera buat semua sahabat handai yang bergelar warga Kor Kadet Polis di seluruh negara. Tentunya awal-awal tahun begini pasukan KKPDRM sibuk membuat perancangan aktivti bagi tahun 2010. Walau pun khabarnya peruntukan dikurangkan oleh semua agensi kerajaan, namun ia bukan halangan untuk memastikan program pasukan berjalan lancar.

Tahun ni Kor Kadet Polis Kelantan pastinya juga akan meneruskan kecemerlangan dan keunggulan pasukannya bukan sahaja di negeri kita tapi negara ini amnya. Pengalamanku menghadiri program peringkat kebangsaan, jelas sekali menunjukkan bahawa Pegawai KKP, pihak pengurusan IPK Kelantan sangat-sangat hebat. Pegawai KKP dari segi pengetahuan pengurusan pasukan sangat mantap terutamanya yang terpilih ke peringkat kebangsaan. Kematangan ini terjadi bagi ku pertama kerana kegigihan dan kesungguhan yang dimiliki oleh pengurusan Kor Kadet Polis sendiri. Kor Kadet Polis kelantan berbeza berbanding negeri-negeri lain kerana mereka ada pengurusan yang mantap di peringkat kontinjen (seperti IPK) yang menyelaras dan mengeluarkan arahan kepada daerah-daerah. Ini yang hebatnya. Komandannya (nama itu aku mashurkan pada tahun 2009 agar nampak hebat- ASP/K Che Zulkifli Che Ahmad yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan membuktikan ia tonggak kekuatan pasukan. Faktor kedua iaialah IPK kelantan semenjak zaman berzaman lagi Ketua Polis bertukar ganti, namun mereka sangat prihatin dalam menjaga dan menguruskan pasukan KKP bertambah mantap. Ganding bahu ini menjadi kan Kor kadet Polis kelantan insyaalah akan lebih mantap tahun 2010.

Aku sebagai mantan ASP Pentadbiran KKP Negeri kelantan berharap pengurusan tertinggi pasukan dan IPK merangka satu langkah yang lebih sistemetik dan mantap untuk memastikan Juara kebangsaan milik kelantan. Antara strategi mereka ialah mantapkan pasukan di daerah dahulu. Untuk mantapkan di daerah penyelaras daerah mesti pastikan pasukan kawad setiap platun mantap kerana kawad asas utama. kedua perkhemahan daerah mesti pilih mereka yang benar-benar berkualiti untuk menyertai perkhemahan da mewakili daerah masing-masing. Tapi pokoknya mestilah kawad. Bila itu dah mantap perkhemahan negeri pun sama pastikan mereka mantap kawad, disiplin tinggi, pegawai diperhebatkan (paling ku benci bila pakai uniform bila ada kelemahan saja...""kita cikgu jah") maknanya mereka mesti jaga level standard Polis regular baru kita akan dihormati. bagi pihak PDRM kelantan aku lihat ia tiada masalah kerana persediaan mereka sentiasa ada...

Harapanku yang kini hanya seorang Kompeni Komander A (ASP) yang jaga 4 buah platun sahaja iaitu platun SMKP (2), SM Maahad Muhammmadi Pasir Mas dan SMK Kubang bemban akan sentiasa setia menjalankan tugas lebihan sekiranya di arahkan pucuk pimpinan. Buat semua pegawai KKP bersyukurlah dan tuntutlah ilmu kepolisan semasa ada di Kelantan kerana ilmunya banyak di sana....sebuah renungan.....

Kor kadet Polis kelantan
Kita mahu menjadi tempat di mana pegawai Kor Kadet PDRM
ingin berkhidmat
Di mana anggota terbaik jadi pelatihnya
Di mana pegawai kanan Kontinjen terbaik ingin mencurahkan ilmu
Dan di mana masyarakat sekitarnya bangga dan iktiraf akan kewujudannya

(Rozeman95)

Friday, January 29, 2010

CABARAN REMAJA DI ALAM PRA U

Dunia ini penuh cabarannya. Cabarannya akan menjadikan seseorang itu sama ada lebih bermotivasi atau kecewa. Dan yang pasti ia akan mematangkan kita.
2 cabaran yang perlu pelajar pra universiti perlu harungi pertama cabaran formaliti atau pun cabaran peperiksaan dan yang kedua cabaran global atau kemampuan harungi kehidupan realiti.
Cabaran mengharungi peperiksaan atau mendapat sebanyak mungkin A sememangnya rutin setiap pelajar sama ada di alam sekolah, univerisiti atau pun mana-mana kolej.Keputusan untuk mendapatkan A yang banyak memerlukan seseorang yang berdisiplin, mempunyai matlamat yang jelas dan konsisten dalam memberi tumpuan dalam pelajaran mereka. Yang pasti mereka yang dapat A terbanyak mereka yang patut dibanggakan. Walau bagaimana pun A yang banyak tidak cukup untuk zaman yang makin canggih dan mencabar kini. Era tahun 70an dulu jika STPM dapat sijil penuh sahaja pasti IPTA yang sedikit itu menjadi tempat pengajian mereka. Apabila tamat pengajian IPTA, maka mereka akan jadi pegawai Kumpulan A dengan pangkat yang besar-besar atau setidak-tidaknya guru siswazah yang mana majoriti mereka akan pencen 3 atau 4 tahun dari sekarang. tetapi tahun-tahun sekarang ini kelulusan yang teramat baik sekali pun belum cukup untuk berjaya dalam cabaran kedua iaitu Cabaran Global. Dalam cabaran global, yang penting kemampuan mereka harungi dunia sebagai seseorang yang cekap PR, penampilan yang manarik, perhubungan yang meluas, kecekapan dan ketepatan membuat keputusan. Keyakinan yang tinggi dan akhirnya berjaya menarik perhatian majikan merupakan prioriti dalam cabaran global ini.
Gabungan antara keputusan yang baik dalam peperiksaan dan kemahiran mereka berkomunikasi , kemahiran berpidatato, penampilan yang meyakinkan tentu menjadi pakej yang baik untuk mencapai kejayaan dunia. Bill Gates merupakan seorang jutawan Microsoft, ia tidak mempunyai kelulusan yang baik dalam peperiksaan dan gagal tamat pengajian tinggi, tetapi ia seorang yang barani, yakin pada diri dan bercita-cita tinggi, akhirnya ia jadi antara manusia terkaya di dunia.kerana apa? kerana ia berjaya harungi cabaran global tadi.
Kesipulannya, setiap kita patut muhasabah diri sedaya upaya capai kejayaan kedua-dua bidang ini. Tapi bagi saya yang paling penting, yang gagal dimiliki oleh orang ramai orang, iaitu Cabaran Global.....

Tuesday, January 19, 2010

Aktiviti Kor kadet Polis

Salam sejahtera untuk semua Pegawai kanan Kor kadet Polis Kontinjen kelantan. Semoga tahun ini lebih bersemangat berkhidmat sebagai Pegawai KKPDRM. Jangan lupa perkara-perkara yang perlu diberi perhatian di Bulan januari dan Februari iaitu:

1. Pengambilan anggota baru - 34 orang sahaja tingkatan 2 hingga 6. pastikan mereka itu mempunyai fizikal dan kesihatan yang baik.
2. latihan boleh dimulakan sekarang. Sila hantar surat pada HEA IPD masing-masing untuk pohon juruklatih dan bincang siap-siap bila mereka boleh hadir. mereka telah bersemangat membimbing anak-anak buah kita bagi persiapan pertandingan kawad, perkhemahan, menembak dan Ujian Undang-Undang.

Harapan ku di bawah pimpinan YDH Datuk Rahim Hj hanafi dan Pengarah Pelajaran kelantan yang selama ini sangat mengambil berat pasal Kor kadet Polis ini terus menjulang naik. tebus kembali maruah KKP peringkat kebangsaan yang telah dicuri sekejap kontinjen negeri lain

Pengurusan TK 6

Tahun 2010 berjalan lancar di sekolah ku. Kuliah, tutorial dan P& P berjalan lancar. Guru-guru begitu bersemangat untuk pastikan kita punya motto tahun ini iaitu "Kecemerlangan Akademik keunggulan Sahsiah" mencapai matlamat. Kata pepatah Tugas guru sebagai pendidik bukan pengajar kerana bila kita mendidik dengan berjaya adalah senang untuk pelajar kita belajar apa kita ajar...Pada 24 feb hingga 27 feb 2010 ini bertempat di lata belatan besut, pelajar Timngkatan enam ini akan Kursus Modal Insan dengan kerjasama BTN Putrajaya. Terima kasih BTN. Diharapkan pelajar dapat manfaat yang berguna.mereka perolehi pendidikan yang mencabar minda dan bila pulang motivasi mereka lebih tinggi untuk mengapai menara gading.....

Ucapan maaf

Salam sejahtera buat semua teman-teman yang pernah terbaca blog Rozeman bin Din..blog ini blog peribadi tanpa mengaitkan mana-mana institusi. dalam blog ini bukan sahaja idea sendiri ku masukkan tetapi jua idea dan pendapat rakan-rakan seperjuangan. Jiaka tersalah cakap maafkanlah kerana bagiku tiada niat untuk kata kat sapa-sapa cuma sikap kita barangkali tafsiran berbeza-beza.Tun Dr mahathir pernah menulis malay Dilemma dan dikenakan tindakan yang sangat berat tapi beliau bangkit dan apa ditulisnya kini...manacaman? selamat maju jaya panjang umur Tun untuk terus memberi idea kn blog bukan satu bebda privasi boleh dibuka semua orang tak sama macam surat layang yang sebenarnya itu "serangan maut" bukan sahaja dalam dunia politik, dunia perniagaan, dunia kerja dan dunia rumahtangga...moga Allah selamatkan kita dari perpecahan dan pentafsiran yang salah...walau bagaimanapun sekiranya ada yang ku tulis dalam blog ini ku pohon maaf kerana aku akan terus menulis lambang sebuah demokrasi pemikiran

Rozeman Din

Hidup ini satu perjuangan

Tahun 2009 berlalu pergi dan tahun 2010 mendatang .tahun ini banyak cabaran ku tempuhi....kaau dalam dunia politik angka dan persepsi sangat penting. kalau dalam dunia remaja di panggil storm and stress dan bagi diriku aku kena mulakan kembali langkah dengan lebih hati hati.

dalam dunia ini aku merasakan tafsiran/ intepretasi sangat penting kn manusia akan mudah membuat analisis dan andaian yang kadangkala benar dan kadang kala salah. bagi ku aku kena belajar agar massa mentafsirkan diri agar biarlah sama dengan apa kita niatkan...

Pun begitu dorongan, idea dan sahabat-sahabatr sangat diperlukan kerana orang yang berjaya dalam hidupnya ialah orang yang banyak menderita...nelson mandela, Jamaluddin al- Afghan, Tun Dr mahathir, Burhanuddin al-Helmi dan banyak lagi. Walau pun adalah terlalu tinggi untuk sampai tahap mereka tapi sekurang-kurangnya kita berusaha menuju ke arah kebaikan...Bila kita menuju ke arah itu yang pastinya salah dan silap itu kita lakukan dan kita perbaiki kesalahan itu dan jadikan ia sebagai panduan.....

Buat teman ku satu kampus USM yang dikagumi, tahniah buat saudara Maliki kerana dipilih jadi Presiden majlis belia malaysia..kalau ditakdirkan Allah dan langkah kau betul kie, kau akan jadi idola Malaysia...maybe Mr Prime Minister...