Tuesday, February 2, 2010

PERSAHABATAN


Persahabatan. Semua orang biasa menyebut perkataan itu. Semua orang ada sahabat dan semua orang ada rakan. Adakah wujudnya perbezaan di antara kedua-dua istilah itu. Dari sudut bahasa saya tak pasti perbezaannya tapi atas dasar pengalaman, persahabatan lebih jelas lagi keakrabannya manakala kawan, semua yang kita kenal dan tak kenal ia adalah kawan kita.Kadangkala seorang musuh kita pun kita masih anggap ia kawan.

Sahabat merupakan lambang kekuatan dan keikhlasan dalam perhubungan. dalam sesetengah situasi, tempat dan orang seorang sahabat sanggup mati untuk rakan, sanggup mati bersama-sama rakan dan sanggup bersusah senang dengan rakan atau sahabat mereka. Dalam sejarah Islam, Rasullallah SAW sendiri ada sahabat-sahabatnya. Mereka bersama-sama Rasulallah hidup mati dan bersusah senang menyebarkan dakwah Islam seluruh dunia. nama-nama Abu Bakar, Umar al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi sanggup mati kerana sahabat mereka iaitu rasullallah.

Zaman ini untuk mendapat sahabat seperti itu sangat-sangat susah. pertamanya kiuta mestilah menjadi sahabat yang mampu berkorban dan susah senang bersama sahabat kita baru kita patut mengharapkan ada sahabat dalam hidup kita. bagaimana seseorang itu menguji ia sahabat kita? senang sahaja. Kita sendiri yang boleh menilai dan meletakkan harga sebuah persahabat. Tapi sekurang-kurangnya standard seorang sahabat mereka mesti kenal sahabat mereka dan percaya apa tindakan sahabat kita. Secara minimumnya jangan mudah percaya tohmahan orang pada sahabat kita dan apabila sahabat kita kesusahan bantulah ia. Sekiranya hati kita "kecil" sekurang-kurangnya katakan simpati kepadanya, mendengar luahannya dan bantulah ia..itu minimum sebuah persahabatan. Adalah malang bila kita bersahabat, bila ia dalam kesusahan atau ditimpa musibah, cepat-cepat kita melarikan diri darinya atau mudahnya tidak ingin menolongnya. Apa yang lebih malang, kiat berpaling tadah menghentam sahabat kita . Nilailah diri kita. tengok sahabat paling setia dalam dunia moden ialah hubungan dua negara anti Islam iaitu Amerika dan Israel. Amerika semahu-mahunya akan tetap mempertahankan sahabatnya walau besar mana, berat mana beban dan besar mana dosa kerana "itu sahabat ku". Sebab itulah ia mampu wujud di tengah-tengah bangsa Arab yang seperti buih di laut luas....Amin

No comments:

Post a Comment