Tuesday, February 9, 2016

Pembentukan Kompeni Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia

     Pembentukan Kompeni Dalam satu-satu pasukan kadet merupakan satu perkara yang perlu dilakukan oleh pihak Pengurusan Kadet Polis peringkat daerah (contoh Kelantan ada Penyelaras Daerah) atau IPD yang dipertanggungjawabkan kadet di bawahnya. Tanggungjawab penubuhan kompeni bukan tanggungjawab sekolah atau platun komander seperti pemahaman sesetengah platun komander jika sekolahnya mempunyai anggota kadet yang ramai, maka jumlah platun diperbanyakkan dan secara tidak langsung kompeni diwujudkan diperingkat sekolah.
   Adalah diingatkan bahawa setiap sesebuah sesekolah maksimum penubuhan pasukan Kadet Polis hanya 1 platun lelaki dan 1 platun wanita sahaja.Satu platun terdiri dari 34 anggota kadet dan seorang platun komander berpangkat Inspektor. Justeru itu saya merasa amat hairan apabila ada sekolah yang mempunyai seorang ASP/K dan sehingga 4 hingga 5 platun komander. Perlu diinggatkan bahawa pasukan Kadet Polis tertakluk kepada Akta Polis dalam pelantikan anggota dan pegawainya.

      Penubuhan PKP di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967.Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintah oleh YB Menteri Dalam Negeri.Pasukan Kadet Polis terdiri daripada: 
  1. Pegawai Kanan PKP
  1. Pegawai Pangkat Rendah PKP
  1. Anggota PKP
Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dan dibahagikan kepada; 
  1. PKP Lelaki (sebuah sekolah hanya 1 platun sahaja )
  1. PKP Wanita (sebuah sekolah hanya 1 platun sahaja)
Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Penolong Komander Kompeni(Ajutan), empat orang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang anggota kadet.
Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkan penubuhan satu kompeni dan seterusnya.
Sebagai contohnya jika sesebuah daerah ada 20 platun Kadet Polis maka kiraannya seperti berikut:

       1.  Kompeni A (4 platun )
       2.  Kompeni B (4 platun )
       3.  Kompeni C (4 platun )
       4.  Kompeni D (4 platun )
       5.  Kompeni E ( 4 platun )

Ini bermakna daerah tersebut akan mempunyai   
       1.  5 orang ASP/K
       2.  5 orang Ajutan, 
       3.  20 orang Inspektor Kadet,
       4.  5 orang Sub Inspektor Kadet, 
       5.  5 Sarjan Mejar
       6.  20 orang sarjan, dan seterusnya 3 KPL dan 30 anggota bagi setiap platun.

banyak kes berlaku lambakan ASP berlaku dan jawatannya tidak mengikuti seperti yang sepatutnya, manakala Ajutan tidak diisi kerana pemahaman mereka Inspektor tu adalah sama.Ini adalah pendapat yang salah kerana apabila seseorang Inspektor telah dinaikkan pangkat Ajutan, maka jawatan sebelumnya di sekolah sebagai Platun Komander hendaklah digantikan dengan seorang platun komander baru. Ajutan dan ASP/K ini tidak tertakluk kepada platun sekolah. Apabila mereka berpindah sekolah dalam daerah yang sama, maka jawatan ajutan dan ASP itu masih boleh disandang oleh mereka kecuali mereka berpindah dari daerah yang tiada kekosongan jawatan itu, maka terlucut jawatan mereka. Jawatan itu boleh diisi semula di daerah baru sekiranya mendapat persetujuan IPD daerah baru.

  Bagi daerah yang pasukan kadetnya ialah seperti contoh 23 platun, maka kompeni baru tidak boleh dibentuk kecuali telah mencapai jumlah 24 atau 28. Jadi daerah yang ada 23 platun tersebut, penyelaras daerah hendaklah menyerapkan 3 platun itu dalam mana-mana kompeni yang membawa maksud akan ada kompeni yang mempunyai 5 platun.

    Justeru itu dengan penjelasan panjang lebar ini akan mampu menjadikan sesebuah daerah tersebut sebaga sebuah daerah yang pasukan kadetnya yang mantap mempunyai struktur pentadbiran daerah yang mantap dan berkesan.

   Sekiranya mana-mana pembaca yang ingin pencerahan boleh menghubungi saya.

ASP/K Rozeman bin Din
Timbalan Komandan (Latihan)
Kor Kadet PDRM
Kontinjen Kelantan.





No comments:

Post a Comment