Lama sudah kiranya tidak mencatat dalam blog Rozeman95 ini.Kesibukan dengan tugas menyebabkan banyak masa di habiskan dengan tugasan seharian.Pada 9 Mac ini akan diadakan satu Kursus kepada platun komander tentang bagaimana pengurusan yang sepatutnya dilakukan olehnya bagi memastikan kelangsungan pasukannya.
Dari pengamatan saya, platun komander sekarang orang-orang yang baru dan kurang diberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk uruskan platun. Antara yang perlu ialah
a. Menyenaraikan senarai nama ahli kadet seramai 34 orang (1 sarjan, 3 kopral dan 30 konstable
kadet ) beserta ic dan tingkatan utk rekod dan di hantar kepada IPD Pasir Mas.
b. Menyediakan manual pengurusan platun
c. memohon dgn IPD jurulatih di sekolah
d. Memastikan uniform pegawai dan platun lengkap
e. perancangan aktiviti KKP di sekolah tahun tersebut..