Friday, May 29, 2009

PESTA BUKU DAN KOMPUTER

Pada 26 Mei 2009 hingga 31 Jun 2009, Kor Kadet polis kelantan dengan kerjasama Sykt kedai Buku Banggol, Kubang kerian telah menganjurkan Pesta Buku dan Komputer Pantai Timur bertempat di balai Islam, Lundang.
Majlis perasmian disempurnakan leh Yang berusaha Tuan Haji Mohd Adnan bin Mohd Noor, ketua Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan. Acara tahunan pasukan ini bermatlamat mempromosikan pasukan dan dalam masa yang sama mencari tabung untuk mengerakkan aktiviti Kor kadet Polis kontinjen kelantan.

ASP/K Rozeman Din

Thursday, May 21, 2009

Pegawai Baris 2009


Ini merupakan kemuncak kepada seorang manusia yang memakai uniform Polis - menjadi Pegawai Pemerintah Baris dalam satu perbarisan istiadat kepolisan.Dalam perbarisan ini aku merasakan lebih tenang dan yakin dapat mempersembahkan yang terbaik. Sebulan sebelum ini aku telah diserang batuk dan selsema menyebabkan suara aku tidak keluar. Tapi memandangkan aku memang mahu jadi pegawai baris tanpa gagal, aku menghabiskan beratus ringgit wang bagi memastikan aku betul-betul sihat. Alhamdulillah, pada hari sebenar aku berjaya. Bak kata pepatah, Bila kita berusaha gigih, hasilnya tentu membanggakan.


ASP/K Rozeman Din

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KOR KADET PDRM




Sempenan Sambutan hari Ulang Tahun Kor kadet Polis Diraja Malaysia yang telah diadakan pada 22 April 2009, di Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa Pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri dari pegawai kadet dan anggota Kadet Polis dari daerah Pasir Mas telah dipilih.

Perbarisan tahunan kali ini telah dihadiri oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim bin Hanafi, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hj Mohd Ghazali bin Ab Rahman, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Ketua-Ketua Polis Daerah, wakil Pejabat Perpaduan, Pengetua-pengetua dan pegawai Kor Kadet Polis Kelantan .
Saya telah terpilih sebagai Pegawai Pemerintah perbarisan kali ini dan Penolong Pemerintah baris ialah Inspektor kadet Riza bin Rafiin,Anggota-anggota kadet pula terdiri dari pelajar SMK Perempuan, SMK Tiang Chandi dan SMK Tendong.


Ini merupakan penghormatan terbesar pada seseorang pegawai Polis apabila dapat pegang pedang dan mengetuai satu perbarisan yang penuh istiadat kepolisan